BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi??


Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia memuat naik sekeping gambar Elizabeth Tan bersama Zul Ariffin sambil mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.
Tindakan berkenaan mengejutkan penyanyi lagu Knock Knock itu kerana risau sekiranya ada pihak yang akan salah faham dengan perkongsian gambar mesra itu terutama menerusi kapsyen di laman Instagram milik Fathia.
Menurut laporan Berita Harian Online, Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy berasa terkejut kerana tiba-tiba Fathia memuat naik gambarnya dan Zul sedangkan mereka berdua sedang berlakon bersama.
Lizzy berkata, dia tidak pernah berjumpa dengan pelakon drama Menanti Februari itu apatah lagi berkawan dengannya namun gambar tersebut telah dipadam daripada Instagram Fathia beberapa jam selepas dimuat naik.
A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on Apr 7, 2018 at 4:38am PDT
Beberapa hari lalu, Lizzy telah memuat naik gambar berkenaan yang dipercayai dirakam di lokasi penggambaran filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof di Bukit Fraser, Pahang.
Walau bagaimanapun, ada peminat mengatakan Fathia sebenarnya pernah bercinta dengan bekas teman lelaki Lizzy dan sengaja mengambil kesempatan serta melaga-lagakan situasi tersebut.
A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on Apr 7, 2018 at 4:38am PDT
Apa-apa pun, hanya peminat yang mengikuti perkembangan mereka berdua yang mengetahui perkara lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi masing-masing.
kredit: ohmymedia
0 Komentar untuk "Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi??"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info