BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Respon Nedim Nazri apabila Anaknya digelar tidak comel



Mohamed Neqayl Nazri Aziz atau lebih dikenali sebagai Ney Ney meruapakn anak hasil hubungan pasangan popular Nora Danish dan juga Nedim Nazri.
Kehadiran baby NeyNey terus menjadi pengikat dan menguatkan hubungan suami isteri yang dibina oleh Nora dan juga Nedim.
Ternyata dengan adanya NeyNey, bayi lelaki ini terus mewarnai kehidupan mereka sekeluarga.
Namun ada berita sedih yang berlaku apabila bayi tidak berdosa ini menjadi mangsa buli apabila wajahnya dikritik oleh sesetengah netizen kurang ajar yang mengatakan NeyNey tidak comel.
Pelakon Nora Danish dia berasa amat sedih dan luluh hati dengan kejadian ini malah seperti manusia biasa, dia turut menangis.
Apabila down dan berasa sedih, pelakon ini mengatakan dia mendapat banyak suntikan semangat daripada suaminya, Nedim Nazri.
Nora berkata, walaupun menangis seharian apabila menjadi mangsa buli siber, Nedim banyak menenangkannya.
Ini pendedahan Nora tentang reaksi Nedim apabila anaknya dihina sesetengah netizen:
“Sebelum ini, perkara ini (dibuli) banyak berlaku kepada selebriti lain sehinggalah apabila ia terjadi sendiri kepada saya, saya amat terkejut.
“Bagaimana bayi yang baru sebulan, orang boleh berkata buruk tentangnya. Bagaimanapun, suami banyak memberikan sokongan moral kepada saya dan mengingatkan supaya bersabar.
“Saya tidak menyalahkan netizen kerana yang menghina mungkin hanya dua peratus sahaja bukan semua,”
Reaksi Nedim Nazri yang tenang ini harus dipuji. Ternyata Nedim seorang yang penyabar dan tidak mudah melenting.
Nedim juga perlu dipuji kerana memberi kata-kata semangat buat isterinya.
Walaupun ada yang mengutuk anaknya, Nedim tetap bangga dan terus memuatnaik foto NeyNey di laman Instagram miliknya. Tahniah Nedim!
Selain itu,  Nora Danish juga menegaskan bahawa tiada akaun Instagram rasmi buat Neqayl setakat ini.
Akaun yang ada di Instagram adalah dicipta sendiri oleh orang lain, bukannya dari Nora atau Nedim.
Sumber: KOSMO!
0 Komentar untuk "Respon Nedim Nazri apabila Anaknya digelar tidak comel"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info