BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Sedih!! Menyayati Hati! Detik-detik Syamsul Yusof menangis pada malam tayangan filem Munafik arahannya

Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof gagal menahan sebak ketika memberikan ucapan pembukaan pada majlis pra-tonton filem terbaharu arahannya berjudul Munafik di sini pada malam Khamis lalu.

Syamsul, 32, dalam ucapan singkat tersebut memberitahu dia pernah terfikir untuk berhenti mengarah selepas filem KL Gangster 2 tersebar di internet sebelum ia sempat ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober 2013.

"Melihat kepada hadirin yang datang pada malam ini membuatkan saya bangga dan terharu kerana saya pernah berhasrat untuk meninggalkan dunia seni kerana terlalu kecewa.

"Bagaimanapun saya kembali bangkit dan Munafik adalah khas untuk anda semua," katanya sebelum meminta maaf kerana tidak meneruskan ucapan tersebut sambil dilihat mengalirkan air mata.

Munafik filem pertama arahan Syamsul dalam tempoh tiga tahun adalah terbitan Skop Productions Sdn Bhd dan ia menampilkan barisan pelakon seperti Nabila Huba, Pekin Ibrahim, Datuk Rahim Razali, Sabrina Ali, A. Galak dan Fizz Fairuz.

Syamsul turut memegang watak utama dalam filem tersebut. Ia bakal menemui penonton di pawagam pada 25 Februari ini.


Dalam pada itu, Syamsul ketika ditemui sejurus tayangan tersebut selesai berkata, Munafik adalah sebuah karya bersifat peribadi untuknya dan ingin menghasilkan sebuah karya yang mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

Malah dia mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan skrip selain mendapatkan rujukan daripada pakar agama memandangkan Munafik bertunjangkan tema keagamaan.

"Sebenarnya saya tidak mahu hanya menghasilkan sebuah filem genre seram semata-mata tetapi mahu ia sarat dengan ilmu dan pemahaman berhubung perkataan munafik itu sendiri.

"Proses menghasilkan karya ini tidak lama namun saya perlu berhati-hati dalam penggunaan ayat Al-Quran dan fakta-fakta berkaitan agar jalan cerita yang ingin disampikan lebih hidup dan bermanfaat," katanya.

Tambah Syamsul, pada tahap ini dia tidak terlalu memikirkan tentang sambutan penonton terhadap Munafik kerana sebagai pengarah dan pelakon dia telah memberikan yang terbaik.

"Saya reda kalau Munafik tidak mendapat sambutan di pawagam dan tidak terlalu berfikir mengenainya kerana paling penting saya sudah mencurahkan sebaik mungkin untuk filem ini dan berharap mesej ingin diketengahkan sampai kepada penonton," ujarnya.

Sementara itu, Syamsul turut meluahkan rasa bangga terhadap persembahan pelakon Nabila Huda yang memegang watak sebagai Maria yang pada dasarnya telah melangkaui jangkaannya.

"Sejak menulis skrip saya sudah tahu watak Maria itu adalah untuk Nabila. Alhamdulillah dia memberikan lakonan luar biasa memandangkan bukan mudah menzahirkan peranan diberikan kepadanya.

"Nabila benar-benar menzahirkan segala bayangan saya tentang Maria dan ia bukan penampilan biasanya dalam drama atau filem lain sebelum ini," jelasnya.

Sumber: beritapremium
0 Komentar untuk "Sedih!! Menyayati Hati! Detik-detik Syamsul Yusof menangis pada malam tayangan filem Munafik arahannya"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info