Mangsa Seterusnya… Ini KOMEN BALAS PEDAS Adibah Noor Selepas DIHENTAM TERUK Oleh Azwan Ali Di Twitter !!! | Bermula dengan isu Restoran Menate, trendnya macam berjangkit pula kepada geng-geng artis lain. Terkini laman sosial selebriti yang turut menjadi perhatian ialah Azwan Ali dan Adibah Noor. Kedua-dua selebriti ini dilihat berperang status menerusi laman Twitter masing-masing. Walaupun tiada nama yang disebut oleh kedua-dua selebriti ini, namun apabila diamati, jelas status berbaur sindiran itu ditujukan kepada satu sama lain.
Khabarnya status-status tersebut mula di muatnaik Azwan dan Adibah apabila kedua-duanya bertembung di sebuah majlis rancagan Ramadan di RTM. Kontroversi bermula apabila beberapa status dimuatnaik Azwan seolah-olah merujuk kepada Adibah Noor yang turut berada di majlis tersebut.
Tidak lama selepas itu, Adibah Noor pula memuatnaik status dengan sindiran-sindiran yang agak pedas. — Astro Gempak
0 Komentar untuk "Mangsa Seterusnya… Ini KOMEN BALAS PEDAS Adibah Noor Selepas DIHENTAM TERUK Oleh Azwan Ali Di Twitter !!!"