BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

PUNCA IILYA KELUAR DARI KUMPULAN SEPAHTU

Luahan Hati Dan Punca Sebenar Ilya Buang Keluar Sepahtu

Pelawak dan pelakon terkenal, Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Ilya Senario telah keluar daripada Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014.
Dia menyatakan dirinya tidak mahu menjadi beban dan menyusahkan Jep dan Shuib kerana masalah kesihatan yang sedang melanda dirinya.

Tambahnya, dia tidak dapat memberikan fokus yang sepenuhnya dan menyumbangkan idea sehingga menjejaskan prestasi kumpulan tersebut.

“Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.

“Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan.

“Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah.

“Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala dapat sertai mereka, kadangkala tak dapat. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu.

“Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka,” katanya.
















































- See more at: http://katakcomel.my/luahan-hati-dan-punca-sebenar-ilya-buang-keluar-sepahtu/#sthash.ZjYpeQlM.dpuf
0 Komentar untuk "PUNCA IILYA KELUAR DARI KUMPULAN SEPAHTU"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info