BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

GEMPAR: AWEERA MOJO BONGKAR TIPU MUSLIHAT EDRY KRU

Aweera Mojo

Bekas vokalis kumpulan Mojo, Aweera telah tampil bagi membersihkan namanya selepas terpalit dengan perselisahan faham dengan Edry apabila lagu itu tersenarai untuk menyertai Juara Lagu pada 18 Januari 2015.

Dia menyatakan Edry Abdul Halim sengaja membuat fitnah dan menjatuhkan maruahnya dengan melemparkan tuduhan buruk dan menyingkirkannya untuk beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 nanti.

Tambahnya, dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang bekerjasama dengan bekas kumpulannya iaitu Mojo ketika bersama-sama membuat persembahan lagu berjudul Romancinta pada malam Separuh Akhir Muzik Muzik 2014 pada 28 November lalu.

“Saya terkilan apabila dia menuduh saya disingkirkan daripada Mojo kerana menimbulkan masalah kepada kumpulan itu, kalau saya bermasalah daripada awal lagi saya tidak mahu bagi kerjasama. Perkara sebenar adalah saya yang menarik diri.

“Dia meminta saya untuk berduet dengan penyanyi baru mereka iaitu penyanyi dari Indonesia pada malam AJL 29 nanti dan cadangan itu saya tidak setuju sama sekali.

Edry meminta dia hanya menyanyikan bahagian korus sahaja, manakala penyanyi baharu kumpulan itu akan menyanyikan bahagian verse.

Perjanjian yang dibuat juga tidak adil bagi dirinya apabila ditawarkan akan berkongsi hadiah dengan penyanyi tersebut jika menang pada malam tersebut.

Disebabkan perkara itu, Aweera bertindak menarik diri sewaktu perbincangan konsep persembahan AJL 29 bersama pihak produksi TV3.

“Dia suruh saya nyanyi bahagian yang susah dan penyanyi baru itu bahagian verse sahaja. Itu tidak adil, ini bukan persembahan majlis makan malam.

“Perjanjian pula tidak adil jika kami menang, saya akan berkongsi (wang kemenangan) dengan penyanyi itu. Oleh itu saya tarik diri depan semua krew produksi TV3.,”

Aweera mengakui ada meminta untuk membuat persembahan tersebut bersama ahli kumpulannya sendiri berikutan tiada komitmen yang diberikan oleh ahli kumpulan asal Mojo.

“Ya, saya minta membuat persembahan dengan kumpulan saya sendiri, ini kerana ahli kumpulan asal iaitu Denny dan Johar tidak dapat beri komitmen yang baik.

“Sewaktu pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 2014 lalu mereka tidak mahu terlibat, ada yang jaga anak dan pergi berbulan madu. Sebab itu saya rasa lebih baik pakai kumpulan saya sahaja yang mana lebih baik daripada mereka.

















































































































































- See more at: http://katakcomel.my/aweera-mojo-dedah-penipuan-dan-muslihat-edry-kru/#sthash.RS2u9QRH.dpuf
0 Komentar untuk "GEMPAR: AWEERA MOJO BONGKAR TIPU MUSLIHAT EDRY KRU"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info