BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Pekerja Zoo Berbogel, Tarik Lebih Pengunjung Bagi Mengumpul Dana.

Empat orang pekerja di sebuah zoo ternama di sini telah menggunakan inisiatif yang tidak masuk akal dalam usaha menarik lebih pengunjung
Empat orang pekerja zoo yang berbogel
London - Empat orang pekerja di sebuah zoo ternama di sini telah menggunakan inisiatif yang tidak masuk akal dalam usaha menarik lebih pengunjung untuk memasuki zoo berkenaan.

Tindakkan pekerja zoo terbabit yang sanggup berbogel bagi tujuan menarik pengunjung telah menimbulkan perbincangan hangat di media soaial kerana dianggap sebagai sesuatu yang memalukan.

Gambar yang telah tersebar secara meluas terbabit menunjukkan kelibat empat orang pekerja terbabit yang berada dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang pun ketika berada di dalam kandang harimau serta pengguin.

Mereka yang terdiri daripada dua lelaki serta dua wanita dikenali sebagai Andy Devison, Cat Cheyne, Grant Kother dan Tina Campanella kelihatan bersahaja menguruskan kawasan zoo terbabit walaupun ketika itu mereka berada dalam keadaan berbogel.

Menurut daripada sumber yang diperolehi, ke empat-empat mereka akan muncul dalam keadaan berbogel ketika acara Sreak for tiger sumatera yang bakal berlansung pada pertengahan bulan
hadapan.

Menurut pengakuan yang di keluarkan oleh pihak zoo berkenaan, acara sebegini sebenarnya diadakan setiap tahun adalah bagi tujuan menarik minat pengunjung untuk melawat zoo kami sekaligus memupuk kesedaran tentang spesis harimau sumatera yang semakin berkurangan sambil mengumpulkan duit.

"Duit yang telah terkumpul hasil daripada acara berkenaan amat penting buat kami dalam usaha menyelamatkan spesis harimau berkenaan yang berada di dalam zoo kami".

"Sebelum ini kami telah menggunakan hasil daripada kutipan acara Streak for tiger bagi membantu kami dari segi perbelanjaan pengurusan harimau berkenaan".


0 Komentar untuk "Pekerja Zoo Berbogel, Tarik Lebih Pengunjung Bagi Mengumpul Dana."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info