BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

GILA!!! Potong Zakar Lepas Bercerai



China – Akibat kecewa dan tidak dapat menerima hakikat perkahwinannya telah berakhir, seorang lelaki memotong alat sulitnya sebelum membuangnya ke dalam sungai, dalam cubaan untuk membunuh diri.
Lelaki itu, Chan, 41, berbuat demikian ketika sedang mabuk. Chan kemudiannya dibawa ke hospital oleh orang ramai yang menemuinya di tepi sungai itu.
Doktor bagaimanapun gagal menyambung semula alat sulitnya itu kerana cebisan berkenaan gagal ditemui.
“Saya terlalu mabuk dan tidak berasa sakit langsung,’’ katanya.
Chan memberitahu hidupnya menjadi semakin sukar selepas bercerai dengan isterinya, tiga tahun lalu.
Jelasnya, dia dan isterinya telah berhijrah ke Guangzhou lapan tahun lalu dan pada mulanya perkahwinan mereka bahagia sehinggalah lima tahun lalu apabila isterinya mendapat kerja di sebuah bar.
Sejak itu mereka sering bergaduh kerana wanita itu kecewa disebabkan dia tidak mempunyai wang lalu bercerai.
“Bekas isteri saya mendapat rumah selepas kami bercerai dan anak saya juga menetap bersamanya. Saya kini tidak mempunyai apa-apa lagi,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "GILA!!! Potong Zakar Lepas Bercerai"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info