WOW FESYEN GAUN MAYA KARIN PARAS PEHA
Dalam tayangan perdana filem Sejoli yang berlangsung baru-baru ini, teruja utama, Maya Karin tidak melepaskan peluang untuk menggayakan fesyen hebat beliau untuk tatapan peminat.
Jelas gaun paras peha yang ditampilkan berjaya mencuri tumpuan para peminat sehinggah ada di antara mereka menjadi begitu teruja.
Mengulas tentang dakwaan sebuah media hiburan bahawa dirinya ialah anak emas Osman Ali, Maya Karin bagaimanapun menafikan perkara tersebut. Katanya, dia bekerja di bawah pengarah itu kerana selesa berbuat demikian.
"Secara jujurnya saya tidak kisah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan tidak ada istilah lebih istemewa daripada yang lain ketika bekerja."
Sementara itu, Maya memberitahu tidak akan berkahwin tahun ini dengan kekasihnya, seorang jejaka mat salleh. Ini kerana, dia mungkin mahu fokus kepada kerjaya terlebih dahulu selain tidak pernah meletakkan sasaran bilahendak berkahwin.
"Sebeb tahun ini fokus saya untuk kerjaya seni dan tengoklah tahun depan ke atau tahun seterusnya (gelak ketawa). Lagipun saya tidak letak sebarang sasaran bila untuk berkahwin selepas saya sedar dalam hidup ini bukan semua kita boleh rancang.. jadi biarlah masa yang menentukannya."
Hosted on: kamithemedia.blogspot.com
0 Komentar untuk "WOW FESYEN GAUN MAYA KARIN PARAS PEHA"