Manila: Sebuah pesawat milik AirAsia Zest terbabas dari landasan selepas mendarat di Lapangan Terbang Kalibo, Pulau Panay, Filipina, sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang (waktu tempatan) itu, pesawat yang membawa 184 penumpang dan anak kapal itu dikatakan mengalami masalah tayar ketika mendarat.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa ataupun kecederaan dilaporkan berlaku kepada penumpang dan anak kapal di dalam pesawat malang itu.
Menurut seorang wartawan Damazo Santos yang turut berada di dalam pesawat berkenaan, semua penumpang terpaksa dikeluarkan dari pesawat menggunakan gelungsor kecemasan.
"Enjin terus dimatikan dan kami diarahkan keluar tanpa membawa bagasi. Jentera bomba turut bersedia di lokasi untuk menghadapi sebarang kemungkinan,"dalam kenyataan yang dipetik dari akaun twitternya, sebentar tadi.
SUMBER:http://www.hmetro.com.my/node/20169
0 Komentar untuk "LAGI KES TERBABAS PESAWAT AIRASIA ZEST DI FILIPINA"