LAKON Sharifah Sakinah baru-baru ini ada berkongsikan gambarnya sedang bercuti di sebuah pusat peranginan di Sepanyol menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Gambar tersebut memaparkan Sakinah memakai bikini berwarna peach yang disarung baju jarang di luarnya.
Melihat foto tersebut, para pengikutnya mula ‘berbalah’ mendakwa sebagai seorang Muslimah, Sakinah seharusnya tidak menayangkan auratnya kepada tontonan umum lebih-lebih lagi dia kini memegang status sebagai isteri orang.
Namun, tak kurang juga yang ‘back up’ Sakinah dengan mengatakan itu adalah hak peribadinya dan meminta orang ramai lebih berfikiran positif dengan gambar yang dikongsikan oleh pelakon tersebut.
Enggan memanjangkan isu, Sakinah dipercayai telah memadamkan gambar tersebut dari Instagram dan dia sama sekali tidak membalas mahupun menjawab kritikan pengikut yang ditujukan buat dirinya. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Sharifah Sakinah Tayang Gambar Berbikini"