BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

“Along Halau Saya Keluar” – Zila

"Along Halau Saya Keluar" - Zila AF Terlalu Rindu Anak

SETELAH enam tahun mendirikan rumah tangga, muncul khabar angin menyatakan hubungan pelawak terkenal Along Cham bersama isterinya Zila Seeron sedang berantakan.

Bercakap kepada Astro Gempak, Zila yang juga bekas finalis Akademi Fantasiamusim keempat mengakui sudah tidak bersefahaman bersama suaminya itu.
"Along Halau Saya Keluar" - Zila AF Terlalu Rindu Anak
Menurut, Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, mereka sudah empat bulan tidak tinggal bersama dan dia kini sedang berdepan proses mahkamah difailkan Along membabitkan kes nusyuz.
“Saya pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz. Sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.
“Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial). Tetapi selepas seminggu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan selepas itu saya tidak dibenarkan bertemu Danial lagi.
“Saya terlalu rindukan anak saya,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Mawi di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Jelas Zila, buat masa ini hak penjagaan anak berpihak kepada suaminya namun dia akan tetap mendapatkan hak itu suatu hari nanti.
Ditanya mengenai punca bergolak rumah tangga mereka, Zila mendakwa Along sentiasa mencari salahnya tanpa alasan kukuh.
"Along Halau Saya Keluar" - Zila AF Terlalu Rindu Anak
“Tiada apa lagi yang ingin saya katakan. Saya telah mencuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik selama enam tahun ini, tetapi di mata dia saya tidak pernah sempurna,” katanya sayu.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada tanggal 23 Januari 2010.
Apa pun, sama-sama kita doakan agar pasangan ini berbincang dengan baik dan bersama kembali. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "“Along Halau Saya Keluar” – Zila "

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info