BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Punca sebenar Emma Maembong dituduh Hamil.. pasti diluar dugaan semua..



ALAHAI, kesian pelakon jelita Emma Maembong. Dek mahu membantu kakaknya membeli alat penguji kehamilan di sebuah farmasi hospital terkemuka di Kuala Lumpur, Emma telah disalah anggap sedang mengandung.
Berkongsi cerita dengan Media Hiburan,  Emma mengakui mahu membeli alat tersebut namun belum sempat menerangkan untuk siapa, pekerja farmasi tersebut telah membawa Emma untuk bertemu dengan doktor dan memberitahu kes ‘sepertinya’ itu banyak berlaku.
Kakak Emma, Yaya Maembong dan suaminya, Wan Raja.
Kakak Emma, Yaya Maembong dan suaminya, Wan Raja.
“Belum sempat saya terangkan dia dah bawa jumpa doktor. Bila saya nak cakap, dia mencelah sampai saya tak dapat nak terangkan hal sebenar. Ada juga pelanggan lain yang dengar fasal hal ini.  
“Sebenarnya kebetulan saya berlakon di hospital tersebut dan kakak saya Yaya minta saya belikan alat ujian kehamilan itu sebab dia tak larat. Bukanlah untuk saya tetapi untuk kakak saya.  
“Bila diterangkan pada doktor dan doktor itu memahami. Bila ditanya pada pekerja farmasi tersebut, katanya dia teruja sebab Emma yang datang,” cerita Emma.
Sementara itu, memetik laporan Berita Harian, Emma menyatakan perasaan kesalnya apabila isu itu dimanipulasi sesetengah pihak sehingga timbul ceritanya sedang mengandung anak luar nikah.
Antara blog hiburan yang memanipulasi berita Emma membeli alat uji kehamilan.
Antara blog hiburan yang memanipulasi berita Emma membeli alat uji kehamilan.
Jelasnya, peristiwa itu berlaku lima bulan lalu dan Emma memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut bagi mengelakkan sebarang salah faham. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Media Hiburan & Berita Harian
0 Komentar untuk "Punca sebenar Emma Maembong dituduh Hamil.. pasti diluar dugaan semua.."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info