Isteri saya sudah hilang sabar - Amy Search Amy bersama isterinya, Norhasniza Hassan pada sidang media di Hartamas, Kuala Lumpur. foto FAREEZFADZIL, 11 MEI 2016 Vokalis Search, Amy mendedahkan isterinya sudah tidak mampu bersabar dengan kerenah pemain dram, Yazit Ahmad yang sering menelefon dan memarahi serta bercakap cara kasar. Amy atau Suhaimi Abdul Rahman berkata, Norish atau Norhasniza Hassan sering menjadi ‘mangsa terakhir’ dihubungi oleh Yazit selepas ahli-ahli Search yang lain tidak menjawab panggilan telefon beliau. “Nasir (pemain bass) jenis cool sikit. Kalau dia tidak suka panggilan Yazit, dia akan tutup telefon atau ‘hang’ panggilan itu. “Saya memang tidak melayan panggilan Yazit kerana ada benda-benda yang negatif yang saya sangat tidak suka. “Jadi dia akan telefon Norish. Dan sebagai isteri, dia pun ada tahap kesabaran. Apabila suami dan rakan-rakan dimarahi dan dituduh macam-macam, dia pun ada hak membalasnya tuduhan itu. “Memang dia ada cakap, sudah-sudahlah abang (Yazit). Abang sudah tua, sakit lagi. Tak kan tak habis-habis telefon tanya pasal bayaran. Lepas itu tuduh kawan abang penipu dan pecah amanah. “Kami sebenarnya sudah lama bersabar. Dia telefon marah dan tengking orang lain boleh pula,” katanya. Amy berkata demikian pada sidang media khas yang turut dihadiri ahli lain seperti Nasir, Nordin dan Hamzah bersama peguam Search, Yusmadi Yusoff serta Norish. Sidang media itu diadakan bagi memberi penjelasan tentang laporan polis Yazit yang mendakwa Search pecah amanah selain dirinya dimaki isteri Amy. Menerusi laporan yang dibuat di Balai Polis Wangsa Maju pada 4 Mei lalu, Yazit mendakwa Norish menengkingnya apabila dia bertanyakan wang untuk pembabitannya dalam Konsert 35 Tahun Search yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 30 Ogos nanti. Dalam laporan polis itu juga, Yazid mendakwa ada berkunjung ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn Bhd untuk berbincang mengenai keinginannya beraksi dalam konsert itu. Dia terkejut apabila diberitahu bayaran RM75,000 sudah dilunaskan kepada Search pada Disember 2015 tetapi dia tidak menerima satu sen sehingga kini. Sementara itu Yusmadi berkata, isu dimaki adalah satu reaksi kepada satu panggilan yang dilakukan sebelum itu dan diprovokasi. Jelasnya, secara perundangan, nama baik institusi keluarga perlu dipertahankan setiap individu. “Saya lihat nasib baik Norish cakap begitu dan bukan dia kata hendak ambil peguam dan saman,” katanya. http://malaysiagazette.com/ms/nasion...bar-amy-search |
Quote:
Search beri amaran kepada Yazit Kumpulan Search pada sidang akhbar yang diadakan di Plaza Damasa, Hartamas, di sini sebentar tadi. KUALA LUMPUR - Kumpulan rock legenda, Search memberi tempoh selama 48 jam kepada pemain dramnya, Yazit Ahmad supaya menarik balik laporan polis yang dibuat mengenai isu pecah amanah mengenai bayaran penganjuran Konsert Search 35 Tahun. Gitarisnya, Nasir Daud berkata, jika Yazid gagal berbuat demikian dalam masa yang ditetapkan, tindakan susulan daripada empat lagi ahli Search lain iaitu Amy, Kid dan Din bakal dilaksanakan. "Apa yang dikatakan oleh Yazid adalah fitnah semata-mata. Kami tidak pernah pecah amanah, menyeleweng duit bayaran dan meminggirkan dia sebagai ahli. "Apa yang dilakukan oleh Yazit cukup memalukan kami. Jadi, jika dia berdegil dan masih mahu meneruskan laporan tersebut, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan," ujarnya pada sidang akhbar yang diadakan di Plaza Damasa, Hartamas, di sini sebentar tadi. Nasir berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai tuduhan pecah amanah yang dilakukan oleh Yazit pada 4 Mei lalu di Balai Polis Wangsa Maju. Turut hadir, peguam yang mewakili kumpulan Search, Yusmadi Yusoff. Menerusi laporan tersebut, Yazit mendakwa, dia tidak menerima bayaran pendahuluan daripada kumpulan Search mahupun penganjurnya, AFJets. Sementara itu, menurut Yusmadi, pihaknya memberi tempoh 48 jam kepada Yazit untuk menarik balik laporan tersebut memandangkan pihak mereka akan mengadakan sidang akhbar pada hari esok. Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz48LLCyTTA |
Amy (kiri) enggan mengulas laporan polis dibuat oleh Yazit. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy, 57, enggan mengulas isu berkenaan laporan polis dibuat pemain dram kumpulan itu, Yazit Ahmad terhadap isterinya Norhasniza Hassan atau Norish.
Menerusi laporan yang dibuat di Balai Polis Wangsa Maju petang semalam, Yazit mendakwa Norish menengkingnya apabila dia bertanyakan wang untuk pembabitannya dalam Konsert 35 Tahun Search yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 30 Ogos nanti.
"Nanti dulu kerana saya tidak boleh mengulas apa-apa dalam situasi sekarang.
"Saya kena teliti dulu perkara ini dan akan berikan komen dalam masa terdekat,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Sementara itu, Yazit, 54, juga enggan mengulas lanjut dan berjanji akan mengadakan satu sidang media beberapa hari lagi.
"Saya serahkan kepada polis untuk buat siasatan. Biarlah polis buat kerja mereka.
"Apa yang boleh saya katakan, saya sudah banyak bersabar dengan karenah anggota Search sebelum ini. Banyak persembahan sebelum ini yang saya belum terima apa-apa bayaran.
“Selama ini saya cuma mendiamkan diri tetapi dalam sidang media nanti saya akan jelaskan semuanya,” katanya.
Dalam laporan polis itu juga, Yazid mendakwa ada berkunjung ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn Bhd untuk berbincang mengenai keinginannya beraksi dalam konsert itu.
Dia terkejut apabila diberitahu bayaran RM75,000 sudah dilunaskan kepada Search pada Disember 2015 tetapi dia tidak menerima satu sen sehingga kini.
http://www.hmetro.com.my/node/135750
0 Komentar untuk "GEMPAR:Search beri Yazit tempoh 48 jam tarik balik repot polis"