LEWAT kebelakangan ini memang tidak dinafikan nama pelakon cantik Tasha Shilla sering kali dilanda kisah-kisah hangat yang mencetuskan kontroversi di kalangan peminat hiburan tanahair.
Bertitik tolak dengan kisah putus cinta, penyebaran foto wanita separuh bogel yang dipercayai dirinya dan terbaharu, fesyen seksi yang digayakan Tasha pula menarik perhatian ramai.
Mengulas mengenai fesyen mencolok mata yang diperagakannya itu, Tasha berharap peminat di luar sana tidak mengheret agama dalam isunya berfesyen.
Memetik Bi-Pop, Tasha berkata, “Saya mohon jangan heret isu agama dalam hal ini. Saya lakukannya sebagai kelangsungan kerjaya kerana selain tampil dalam acara hiburan, saya juga diberi penghormatan untuk muncul ketika acara fesyen. Mungkin saya nampak seksi kerana semakin kurus.”
Sehubungan itu, menurut aktres berusia 28 tahun yang berasal dari Ampang ini, doa merupakan senjatanya kini dalam menangkis kritikan-kritikan negatif yang dilemparkan.
“Saya manusia yang tidak sempurna, senjata saya kini hanyalah doa. Kalau boleh saya tak mahu komen lebih, terutama hal berkaitan agama. Mungkin saya nampak sosial, namun saya juga ada pegangan agama. Biarlah hal itu menjadi rahsia antara saya dengan Yang Satu,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "RESPON PEDAS TASHA SHILLA TENTAN PAKAIAN YANG DIKECAM BUAT ANDA SEMUA TERDIAM!!!"