BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

KEMALUAN DIKERAT OLEH KEKASIH GELAP..LIHAT VIDEO INI...



BEIJING – Seorang wanita di China bertindak nekad memotong batang kemaluan teman lelakinya itu kerana mangsa enggan menceraikan isterinya, lapor media tempatan.
Lelaki tersebut, ahli perniagaan yang hanya dikenali sebagai Liu, berusia 50 tahun; sebelum ini pernah berjanji untuk meninggalkan isterinya dan akan memulakan hidup baharu bersama kekasih gelapnya itu
Berang kerana janji yang tidak dikotakan selepas menunggu bertahun-tahun lamanya, suspek yang hanya dikenali sebagai Zhang bertindak memotong kemaluan teman lelakinya itu.
Perempuan simpanan tersebut bertindak melakukan perbuatan kejam itu di sebuah bilik hotel di bandar raya Hangzhou, ibu wilayah Zhejiang itu.



Menurut saksi yang juga kakitangan hotel tempatan berkenaan, lelaki tersebut menjerit kuat dan berlari keluar dari bilik dengan kesan darah.
Ahli perniagaan itu dilaporkan keluar dari bilik dalam keadaan separuh bogel untuk mendapatkan rawatan. Saksi turut melihat seorang wanita keluar dari bilik hotel berkenaan tidak lama selepas itu.
“Apabila masuk ke dalam bilik itu, saya menemui sebilah gunting dan bahagian alat sulit lelaki itu yang terputus,” katanya.
Sementara itu, menurut polis, wanita berkenaan gagal dikesan dan kini sedang dalam buruan pihak polis. Namun, polis enggan mengulas sama ada alat sulitnya berjaya disambung atau tidak. – Metro.uk
0 Komentar untuk "KEMALUAN DIKERAT OLEH KEKASIH GELAP..LIHAT VIDEO INI..."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info