DALAM zaman serba serbi dunia teknologi ini, terlalu ramai manusia yang menggunakan nama atau identiti palsu menerusi laman sosial.
Wajah di sebalik nama di Facebook, Instagram atau mana-mana laman Internet itu tidak semestinya wajah sebenar.
Perkara ini pernah berlaku kepada anak penyanyi legenda rock negara, Nabila Huda apabila individu tidak bertanggungjawab itu telah menggunakan nama dan gambarnya bagi mengaut keuntungan di Facebook.
Pemilik akaun palsu tersebut dikatakan telah memperdaya pengguna lain untuk melakukan transaksi ke dalam akaun simpanannya.
Mungkin terdapat satu penyakit mental khusus untuk tabiat seperti ini kerana terdapat kes kedua pula di mana pelakon Hanez Suraya juga dikatakan telah menjadi mangsa di dalam dunia permainan manusia tidak bertanggung jawab ini.
Terbaharu, ialah mengenai seorang wanita yang mendakwa bernama Rebecca Razli.
‘Rebecca’ ini mendapat ribuan pengikut di laman Facebook dan juga Instagram kerana kegemarannya mengambil gambar selfie sambil menyangkan ‘asetnya’ yang bersaiz XXXXL.
Lamannya sentiasa dikemas kini dengan gambar seksi terbaru selain status acah-acah selebiriti, yang mendakwa kononnya menjalankan tugas modeling, sesuai dengan status pekerjaannya sebagai Freelance Model seperti mana yang tertulis di laman ‘Facebooknya’.
Bukan itu saja, ramai lelaki Melayu beragama Islam memberi komen berbaur lucah di laman Facebook tersebut tidak kira usia tua atau muda.
Namun begitu, hasil carian kami di internet mendedahkan Rebecca Razli yang sebenarnya ialah seorang gadis Indonesia yang menggunakan akaun Instagram becarabecca966.
Yang paling penting, bro bro yang memberi komen di laman personaliti palsu tersebut mungkinkah suami, abah, pakcik, saudara-mara atau sepupu sepapat anda?
Serta mungkinkah identiti sebenar pemilik pemilik akaun palsu tersebut sebenarnya adalah maknyah atau pondan, siapa tahu kan?
Apa-apapun, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seharusnya mengambil tindakan terhadap manusia-manusia tidak bertanggungjawab ini.
Dan satu perkara yang kami agak hairan ialah mengapakah akaun ‘pelacur popular’ Zara (bukan palsu) masih bermaharajalela tanpa diambil sebarang tindakan? – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "TERBONGKAR!!! MISTERI GADIS ''ASET BESAR'' PASTI MENGEJUTKAN ANDA"