BERCAKAP mengenai memiliki rumah sendiri dalam usia muda, pastinya merupakan impian dan harapan semua orang termasuk kami sendiri.
Namun ia tidaklah semudah ABC tetapi ia juga tidak mustahil jika kita berusaha dengan sebaik-baiknya.
Mengapa kami katakan begitu? Kisah lelaki ini yang memiliki tiga buah rumah dalam masa setahun empat bulan ini pastinya membuka minda anda semua.
Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Hanya bermula dengan gaji asas RM2,400 sahaja, lelaki ini jadikan ianya tidak mustahil.
Kami kongsikan semula petua yang diceritakan oleh saudara Muhamad Iqbal Hafifi di halaman Facebooknya, semoga kita semua mendapat manfaat dari hasil perkongsiannya.-MYNEWSHUB.CC
1 tahun 4 bulan, 3 biji rumah.
Assalamualaikum.
Mintak maaf tak sempat nak reply satu satu PM yang diterima.
Disebabkan ramai yang tanya macam mana cara saya beli 3 biji rumah selepas 1 tahun 4 bulan bekerja, jadi saya kongsikan secara umum sahaja di sini.
Gaji basic : RM2,400
Mula kerja : Februari 2014 (Fresh graduate)
Part time: Sublet 1 unit Cashflow (RM200)
Bilik Sewa free sebab duduk sekali dengan rumah sublet
Asset : 15g gold bar (kumpul masa student)
Cash : RM1,000 (kumpul masa praktikal 5 bulan (RM200 sebulan)
Rumah pertama (Jun 2014):
Apartment Harmoni, Damansara Damai (Tingkat 4)
Selling Price : RM55,000
Bank Value : RM65,000
Deposit : RM5,500
Cara kumpul Deposit : net gaji dalam RM2,100, saving RM1,200 (Nampak macam banyak, try first)… Balance RM900 (RM500 parent, balance RM400 untuk makan minum, minyak motor, dll), hidup bujang masa terbaik untuk saving.
RM400 : seminggu RM100 (pandai2 la pusing duit untuk makan, topup, minyak motor)
Tips : Saving, cuba hidup miskin untuk 3 bulan. Insya Allah hidup lagi.
RM200 duit dari sublet guna sebagai emergency plan, tak cukup lagi, pajakkan 15 gold bar dekat Ar-Rahnu.
Saving : RM1,200 x 4 bulan (Februari – Mei)= RM4,800
Total cash : RM4,800 + RM1,000 = RM5,800
Cukup dah bayar deposit 10%
Rumah Kedua (Januari 2015):
Apartment Mesahill@Nilai (Underconstruction)
Price : RM169,000++
Loan 100%. (10% discount by developer)
Refundable booking RM3,000
Cara kumpul deposit sama je macam rumah pertama, ulang setiap bulan.
Rumah Ketiga (Jun 2015):
Apartment Kenanga, Putra Perdana, Puchong
Price : Rm118,000
Bank Value : RM155,000
Loan 70% : RM108,500
Deposit : RM11,800
Cara Kumpul deposit: Cash dari rumah pertama RM9,000 , balance lagi RM2,000 tu kumpul setiap bulan macam biasa.
Setiap rumah ada cerita dan caranya sendiri, panjang untuk diceritakan di sini. Kalau ada yang nak tahu lebih detail, Insya Allah saya boleh kongsikan masa akan datang.
Setiap orang ada objektif dan strateginya sendiri dalam beli rumah (Flipping, rental income, appreciation dll).
Setiap langkah seperti cantikkan bank statement, cara kira DSR, cara untuk lepas loan, cari rumah below market value dan pemilihan rumah semuanya perlukan ilmu. Boleh join seminar atau beli buku.
Cara saya, pergi MPH atau Popular, lepak sejam setiap minggu, cari buku pasal property, dapat ilmu free.
Sumber: Facebook Muhamad Iqbal Hafifi
0 Komentar untuk "KISAH BENAR PEMUDA GAJI HANYA 2,400 DAH BOLEH DAPAT 3 BUAH RUMAH..TAK PERCAYA??? ANDA JUGA MAMPU..JOM BACA DAN LIHAT VIDEO INI"