BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

WARGA EMAS DIROMPAK DAN DIBELASAH DENGAN TERUK...APA BERLAKU SETERUSNYA...? LIHAT VIDEO INI...


AMAT kurang ajar…
Satu rakaman video memaparkan seorang warga emas dipukul dan dirompak beberapa remaja kini menjadi viral dan mengejutkan netizen.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada 15 Julai baru-baru ini.
Menerusi video, seorang lelaki dalam keadaan mabuk kelihatan masuk ke premis berkenaan. Dia kemudian meletakkan sebotol minuman dipercayai arak di kaunter bayaran.
Selepas seketika, lelaki tersebut disertai tiga lagi rakannya memasuki semula premis berkenaan dan mula merompak.
Seorang daripada mereka mengaut duit dan mengambil barang kemas wanita yang menjaga kaunter, manakala dua lagi membelasah seorang lelaki tua berbangsa India menggunakan sebatang kayu.
Bagaimanapun kami masih tidak mempunyai maklumat mengenai lokasi kejadian.
Semoga kes ini mendapat perhatian segera pihak polis agar ‘sampah masyarakat’ terbabit mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq

0 Komentar untuk "WARGA EMAS DIROMPAK DAN DIBELASAH DENGAN TERUK...APA BERLAKU SETERUSNYA...? LIHAT VIDEO INI..."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info