BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

VIDEO: GADIS PENCUCI JALANAN JADI VIRAL KERANA CANTIK DAN SEKSI HINGGA MENCECAH 4 JUTA PENONTON DI YOUTUBE


Rita-Mattos-1
SEORANG wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di jalanan Rio De Janeiro kini menjadi kegilaan orang ramai di Brazil.
Rita Mattos, 23, menjadi sensasi internet selepas gambarnya tersebar di laman sosial dan mendapat perhatian netizen sepanjang minggu lalu.
Kini dia bercadang untuk menukar kerjayanya daripada tukang cuci kepada model namun mendakwa, dia tidak suka dengan perhatian yang dimilikinya kini.
Rita-Mattos-3
Rita-Mattos
Rita berpendapat bahawa semua orang yang ‘bersorak’ untuknya itu memilih kasih terhadap rupa paras seorang tukang cuci.
“Masyarakat terkejut apabila lihat wanita cantik bekerja sebagai tukang cuci. Mereka beritahu saya boleh mendapat kerja yang lebih bagus berbanding menyapu dan membersih.
Rita-Mattos-5
Rita-Mattos-4
“Tapi kenapa tukang cuci di tepi jalan perlu kelihatan hodoh? Terdapat prejudis terhadap mereka. Saya sangat bangga dengan apa yang saya lakukan dan walaupun sukar saya sangat seronok,” katanya kepada media tempatan.
Tukang cuci yang memiliki tubuh badan menawan itu kini bakal mengejar impiannya dalam bidang modelling dan sanggup berbogel bagi memenuhi kehendak industri itu.
Rita-Mattos-6
Walau bagaimanapun, dia tidak akan berhenti daripada kerjanya sebagai tukang cuci kerana ia membantu mengekalkan kelansingan tubuh badannya yang mantap itu. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Syfq Akhir


0 Komentar untuk "VIDEO: GADIS PENCUCI JALANAN JADI VIRAL KERANA CANTIK DAN SEKSI HINGGA MENCECAH 4 JUTA PENONTON DI YOUTUBE"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info