BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

TERKINI:Empat maut kereta bertembung kereta


(Dari kiri) Mohamad Isa, Nurul Azwa dan Nur Fazira maut dalam kemalangan di Jalan Bukit Putus, Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Tebong, Alor Gajah, 4.13 petang tadi. FOTO ihsan pembaca


Alor Gajah: Empat maut selepas Proton Wira dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua lagi kereta di Jalan Bukit Putus, Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Tebong, di sini, 4.13 petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Razali Sabar mengesahkan tiga mangsa maut di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu kereta, Mohamad Isa Ismail, 27, dan tiga lagi penumpang kereta iaitu Nur Haizam Mohd Zamri, 20, Nurul Azwa Syareza, 19 dan Nur Fazira Ahmad Man, 22.

"Proton Wira itu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Viva yang datang dari arah Tampin.

“Sebuah lagi kereta kemudian melanggar belakang Perodua Viva itu,” katanya
Difahamkan, Mohamad Isa dan Nur Haizam adalah anggota tentera yang bertugas di Kem Gemas, Negeri Sembilan.

Dua lagi penumpang wanita yang maut berasal dari Kampung Lalang Gedong, Siminjan Sarawak.
Pemandu dua lagi kereta hanya cedera.

































- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63309#sthash.ndSiUUDg.dpuf
0 Komentar untuk "TERKINI:Empat maut kereta bertembung kereta"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info