BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Nak Rancang Bom KL- ISIS


Kuala Lumpur: Dua lelaki tempatan yang pernah menyertai kumpulan pengganas Negara Islam (IS) di Syria tidak sempat melakukan serangan di beberapa sasaran penting dan pusat hiburan di ibu negara apabila mereka ditahan polis Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman.

Suspek berusia 28 dan 31 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur pada 2 dan 7 Julai lalu.

Polis turut merampas beberapa buku berhubung isu jihad dan fahaman Salafi Jihadi selain resit pembelian barangan taktikal pertempuran.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan kepada media, semalam berkata, suspek pertama berusia 28 tahun itu mempunyai hubungan dengan beberapa warga Eropah yang dikenal pasti sebagai anggota kanan kumpulan IS.

“Sejak pertengahan 2014, dua anggota kanan kumpulan IS terbabit sudah memberi arahan kepada suspek supaya melancarkan serangan terhadap sasaran penting dan lokasi hiburan sekitar Lembah Klang.


0 Komentar untuk "Nak Rancang Bom KL- ISIS"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info