BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Respon Datuk Seri Nazri Aziz Lepas Dicabar TMJ

Nazri Aziz Dan TMJ

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz telah mengeluarkan kenyataan selepas akaun Facebook Johor Southern Tigers memuatnaik sebuah video yang memaparkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah mencabar ayah kepada Nedim Nazri itu.

Video yang berdurasi 17 saat itu juga bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau. Anak kepada Sultan Johor itu kelihatan sedang berehat di atas kerusi apabila kamera datang menghampirinya. Ketika kamera berada di kiri Tunku Ismail, beliau menoleh dan mengangkat tangan kirinya dengan membuat isyarat marilah sambil bersandar di kerusi.

Menurut Nazri Aziz, tindakan Tunku Ismail boleh menyebabkan rakyat hilang rasa hormat kepada beliau jika kerajaan memberi reaksi kepada komennya.

“Kenyataan dibuatnya sebelum ini dilakukan bagi mempertahankan institusi diraja di Malaysia. Mari bercakap tentang individu dan institusi. Saya di sini bukannya untuk mengkritik institusi raja Melayu kerana ia adalah sebahagian daripada budaya saya. Pandangan saya juga tidak mewakili sesiapa dalam UMNO. Pandangan beliau juga tidak mewakili keluarga diraja di Malaysia. Saya tidak mengkritik beliau. Saya cuma tertarik dengan pendapatnya. Beliau mesti ingat kedudukannya masih di bawah undang-undang,” katanya.





- See more at: http://katakcomel.my/#sthash.25yg0fE1.dpuf
0 Komentar untuk "Respon Datuk Seri Nazri Aziz Lepas Dicabar TMJ"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info