BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Pemain T-Team Meninggal Dunia

Pemain T-Team Meninggal Dunia

Pemain import T-Team, Faramola David Aniya disahkan meninggal dunia ketika beraksi pada perlawanan persahabatan melawan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV malam semalam.

Kapten pasukan T-Team itu tiba-tiba rebah di atas padang ketika permainan baru memasuki minit ketiga dan dikejarkan serta-merta oleh pasukan paramedik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain menyatakan pemain import Nigeria disahkan mati selepas menerima rawatan kecemasan di hospital berkenaan.

Pihak pengurusan T-Team sangat terkejut dengan kematian David Aniya memandangkan pemain berada dalam keadaan sihat walaupun terpaksa memakai topeng pada perlawanan itu.

“Kami menerima berita kematiannya pada jam 10.
05 malam daripada penolong jurulatih, Azhari Salim yang mengiringi pemain berkenaan ke hospital.
“Ini merupakan perlawanan persahabatan pertama untuk pasukan T-Team dan doktor juga memberi kebenaran kepada Aniya bermain walaupun dia sudah menjalani pembedahan pipi dua kali sebelum ini,” katanya.

“Dia dikatakan mempunyai masalah komplikasi jantung namun kita tak boleh sahkan lagi sehingga bedah siasat dilakukan,” katanya.

Pengadil perlawanan, Ku Alauddin Ku Mohamad menghentikan permainan pada minit ke-60 sebaik sahaja menerima berita kematian pemain itu.





























- See more at: http://katakcomel.my/pemain-t-team-meninggal-dunia/#sthash.3A6Qv4jp.dpuf
0 Komentar untuk "Pemain T-Team Meninggal Dunia"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info