NAMANYA memang tak pernah kering daripada kontroversi. Terbaharu, Rozita Che Wan atau Che Ta dikatakan mencemar imej muslimah apabila mengenakan seluar ketat berwarna kulit sekali gus memberi ilusi dia mendedahkan bahagian peha kepada umum.
Menjawab isu ini, Che Ta berkata hanya orang buta sahaja yang tak boleh membezakan seluar dengan peha yang dipakainya dalam gambar yang dikongsikan menerusi laman Instagram itu.
Ujarnya sebagaimana disiarkan Berita Harian, “Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung. Saya bukannya gila untuk buat seperti itu. Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata.
“Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Jadi biarlah apa orang nak cakap, saya cool sahaja,” katanya yang menjelaskan kontroversi terbabit tidak menjejaskan langsung moodnya sepanjang bercuti di kota London, baru-baru ini.
Walaupun sering dilanda kisah hangat lagi panas, namun Che Ta ni memang nampak cool je kan tangani segala kontroversi yang melanda hidupnya.
Macam ni lah bagus, buat dunno je, yang penting Che Ta sentiasa berbahagia dengan suami dan anak-anak tersayang.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JASMIN
0 Komentar untuk "Che Ta: Orang Buta Je Tak Boleh Bezakan Seluar Dengan Peha"