BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

VIDEO: Restorant Jual Harga Makanan Murah Jika Skirt Lebih Pendek



CHINA – Sebuah restoran di Jinan mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelanggan iaitu dengan mengenakan harga lebih rendah kepada pelanggan yang memakai skirt paling pendek.
Bagi tujuan itu, pelanggan wanita yang mahu menyertai promosi itu perlu memakai skirt pendek dan ukuran akan diambil di pintu masuk.
Menurut pemilik restoran itu, Eason Yang, diskaun akan diberikan sebanyak 20 peratus jika skirt yang dipakai 8cm di atas lutut.
Tetapi jika ia lebih pendek iaitu 33cm di atas lutut, maka mereka akan mendapat 90 peratus diskaun untuk semua hidangan.
Keadaan ini menyebabkan kaum wanita dengan skirt pendek beratur panjang untuk makan di kedai itu dan ukuran skirt akan diambil oleh Eason sendiri.
“Kami mengadakan tawaran ini untuk mendapatkan jualan yang baik.
“Setakat ini promosi tersebut sudah berjaya mendapatkan 50 meja dan ia akan diadakan semula pada 23 dan 24 Mei ini,” kata Eason yang pernah menuntut jurusan perdagangan di Britain selama lapan tahun. – Mynewshub.cc
0 Komentar untuk "VIDEO: Restorant Jual Harga Makanan Murah Jika Skirt Lebih Pendek"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info