BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Tayang Iklan Nak Calon Suami


CHINA – Tawaran perkahwinan untuk selamatkan abang. Itu adalah iklan yang dibuat oleh seorang wanita Fan Piying, 25, untuk sesiapa sahaja yang sanggup berkahwin dengannnya tetapi pada masa sama bersedia membayar kos perubatan untuk abangnya yang menghidap tuberculosis dan meningitis.
Fan, tiada pilihan lain selain menawarkan dirinya sendiri selepas bil rawatan penyakit abangnya itu mencecah RM28,000.
Sebelum ini bapanya yang disahkan menghidap tuberculosis hinggakan keluarganya terpaksa mencari wang sebanyak RM5,000 untuk membayar kos perubatan.
“Namun abang saya pula yang menghidapnya dan kini keadaannya semakin teruk serta terpaksa dipindahkah ke hospital lain untuk rawatan kecemasan.
“Semua wang kami sudah habis dibelanjakan untuk rawatan ini,” katanya.
Menurut Fan, ibu bapanya sudah tua dan tidak boleh bekerja lagi sementara dia pula terpaksa menjaga abangnya di hospital.
Justeru mereka sekeluarga tiada pendapatan. Setakat ini Fan sudah menerima 400 panggilan telefon berhubung iklannya itu dan turut mendapat derma sebanyak RM3000. – Mynewshub.cc

0 Komentar untuk "Tayang Iklan Nak Calon Suami"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info