BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Wanita Dihina Akibat Gigi Teruk, Kini Berubah Wajah..



LONDON – Selepas melalui penghinaan yang teruk akibat keadaan giginya yang teruk, seorang wanita, kini boleh tersenyum.
Dia kini melalui perubahan menakjubkan apabila sebuah program televisyen, The Jeremy Kyle Show membelanjakan sebanyak RM55,000 untuk membetulkan gigi wanita tersebut.
Wanita itu menjadi terkenal secara tidak sengaja selepas muncul sebagai tetamu dalam rancangan tersebut bagi membincangkan kisah cintanya.
Dalam rancangan berkenaan, wanita itu turut merayu supaya dia tidak diganggu.
“Jangan ganggu saya hanya kerana saya tidur dengan bekas kekasih awak,” itu antara kata-katanya dalam rancangan berkenaan.
Namun sebaik selepas kemunculannya itu, orang ramai menggunakan Twitter untuk memperlekeh, menghina dan memburuk-burukkan wanita berkenaan secara kejam disebabkan keadaan giginya yang teruk, bukannya mengenai kisah cinta wanita tersebut.
Penerbit The Jeremy Kyle Show kemudiannya memutuskan untuk membiayai kos membetulkan gigi wanita tersebut dan kini dia mempunyai barisan gigi yang cantik dan putih.
Proses berkenaan dirakamkan di rumahnya dan dia berada dalam keadaan sedar ketika giginya dibetulkan.
Dia juga akan muncul semula dalam The Jeremy Kyle Show bagi menunjukkan perubahan wajahnya.
Malah wanita itu juga kini secara rasmi sudah bersama dengan seorang lelaki bernama Tony, yang tidak lagi malu untuk keluar dengannya selepas gigi wanita berkenaan dibaiki.
- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Wanita Dihina Akibat Gigi Teruk, Kini Berubah Wajah.."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info