BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Leher tertusuk zink



Parit Buntar: Seorang lelaki mungkin menjadi bisu selepas lehernya tertusuk zink yang terjatuh ketika mangsa sedang merobohkan bangunan lama di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau, di sini, minggu lalu.

Akibat kejadian itu, urat peti suara Mohd Said Mastor, 51, putus dan mangsa kini dirawat di Hospital Taiping.

Anak mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Faiz berkata, kemalangan berlaku pada 10 Mac lalu jam 11.30 pagi ketika bapa bersama beberapa rakan menjalankan kerja meruntuhkan bangunan lama di sekolah berkenaan.

“Rakan sekerja ayah memberitahu, ketika mereka sibuk meruntuhkan bangunan secara tiba-tiba sekeping zink menggelungsur dari atas bangunan lama dan terus menusuk ke leher ayah. 




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37749#sthash.7bnOr5k2.dpuf
0 Komentar untuk "Leher tertusuk zink"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info