Pelakon Adi Putra tidak pernah membataskan watak yang akan dilakonkannya biarpun sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu dan beberapa kali mengerjakan umrah. Adi berkata, apa yang dilakukannya itu adalah semata-mata untuk menghidupkan watak selain menganggap ia sebagai suatu ibadah.
“Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan.
“Bagi saya walaupun melakukan babak panas tetapi ia dilakukan di hadapan beberapa kru. Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah,” ujarnya.
Adi berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pemilihan watak-wataknya terbatas atau bersyarat selepas menunaikan ibadah haji September tahun lalu. Katanya, babak-babak panas yang dilakonkan itu tidak semestinya bersentuhan sebaliknya lebih banyak menggunakan teknik kamera bagi mendapatkan kesan terbaik.
“Nama sahaja babak panas tetapi ketika melakonkannya ialah di hadapan ramai dan ada yang tidak bersentuhan pun.
“Banyak babak panas terutama di ranjang hanya guna teknik kemera sahaja,” ujarnya.
- See more at: http://sensasimalaysia.com/gelaran-pak-haji-tidak-bataskan-adi-putra-berlakon-adengan-panas/#sthash.nzRScY8S.dpuf
Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!
loading...
Related Post
Masih ingat pelakon kecil molek ini? Luar biasa kecantikannya sekarang pasti buat anda semua terkejut Baru-baru ni kami menerima beberapa keping foto comel seorang kanak-kanak perempuan kiriman pembaca setia OHBULAN! me…
Punca rumah tangga Fasha Sandha Goyah AKTRES jelita Fasha Sandha memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas lanjut berhubung khabar angin mendakwa rumah…
Iklan promote melampau??? jom lihat gambar anak artis dan video ini TERKINI.. tak sangka pulak anak permpuan normah damanhuri ni mcm ni perangai LEBIH DARI datin ezurin dan anak tiara …
Gempar !!! Lepas Bergaduh Dengan Nora Danish, Fasha Sandha Bergaduh Dengan Adir Ipar Sendiri Di Instagram KISAH rumah tangga pelakon Fasha Sandha bukan perkara baharu diperkatakan dalam kalangan peminatnya. Terbaharu, aktr…
Jom lihat 9 gambar Banglo mewah Linda Onn Berharga 7 Juta SAYA sendiri masih tidak percaya ini semua suatu kenyataan,” tutur Linda Onn membuka pintu bicara mengenai kediaman b…
loading...
0 Komentar untuk "LAKONAN AKSI RANJANG TAK HALANG SAYA LEPAS TUNAI HAJI- ADI PUTRA"