Seorang Pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial
Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, disini awal pagi
semalam.
Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua
kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata. suspek
berusia 15 tahun merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah
mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.
''mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi
dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya," katanya.
Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan
mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan
ternampak ada lelaki di dalam bilik.
Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian
memeriksa bilik berkenaan.
"Terkejut dengan kehadirn bapa saudara kekasihnya, suspek yang berasal dari Besut itu cuba
melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan
kepada polis," katanya.
Mangsa tingal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di
daerah lain.
Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376
Kanun Keseksaan kerana merogol.
0 Komentar untuk "KANTOI : GADIS BAWA UMUR DIROGOL DI RUMAH NENEK"