Kuala Lumpur: Seorang penyanyi lelaki berusia 43 tahun ditahan bersama seorang wanita di kediamannya di Taman Keramat Ampang kerana memiliki satu paket dadah jenis heroin, 12.30 tengah malam tadi.
Menurut sumber, dadah seberat 1.2 gram itu ditemui di atas tilam di dalam bilik.
"Hasil soal siasat penyanyi itu mengaku terbabit dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu dan membelinya daripada seorang lelaki yang turut berjaya ditangkap polis di Hulu Kelang.
"Ketika serbuan kenalan wanitanya turut berada di kediaman itu dan hasil ujian air kencing positif dadah," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan penahanan suspek dan akan memohon reman hari ini.
Penyanyi terbabit terkenal ketika zaman 90-an ketika menganggotai kumpulan pop.
0 Komentar untuk "GEMPAR ; ARTIS PENYANYI KUMPULAN POP MALAYSIA DICEKUP MEMILIKI DADAH??"