BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

BUDAK 5 TAHUN MATI TERJATUH DARI TINGKAT 13


condogrilledeath
Balik Pulau – “Dia kanak-kanak lincah serta periang dan keletahnya sentiasa menghiburkan ahli keluarga. Adi Boy yang berusia lima tahun rapat dengan kakaknya yang berusia tujuh tahun,” kata Safiah Drafsa, 42, ibu saudara Adi Boy atau Muhammad Alif Hamizan Abdul Khalid yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 13 pangsapuri di Jalan Rajawali, I-Park, Bayan Lepas, di sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku pada jam 7.30 pagi ketika kanak-kanak malang itu berseorangan di rumah selepas neneknya keluar menghantar kakaknya ke sekolah.
Ketika ditinggalkan, mangsa sedang tidur namun dia terjaga dan dikatakan mencari neneknya sebelum memanjat tembok di dapur dan membuka pintu jeriji.
Nasib tidak menyebelahinya apabila dia terus terjatuh selepas pintu jeriji dibuka dan tubuhnya terhentak bumbung tambahan (awning) sebelum jatuh ke atas kereta menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Safiah berkata, Adi Boy tinggal bersama ibu bapanya di rumah itu sejak sebulan lalu.
“Neneknya turut tinggal bersama dan menjadi kebiasaan dia ditinggalkan sekejap ketika neneknya keluar menghantar kakaknya ke sekolah,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Balik Pulau (HBP), semalam.
Menurut Safiah, biasanya Adi Boy tidur ketika ditinggalkan, namun semalam dia terjaga lebih awal sebelum neneknya pulang.
“Ibunya keluar awal kerana bekerja di sebuah kilang manakala bapanya tiada di rumah kerana mempunyai urusan kerja di luar sejak beberapa hari lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, mayat mangsa dihantar ke HBP untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, lapor Hmetro.
Sementara itu, di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, di sini, kakak mangsa langsung tidak mahu melihat jenazah adiknya walaupun dipujuk beberapa ahli keluarga. Dia yang masih terkejut hanya mahu melihat gambar adiknya dan enggan melihat jenazah serta majlis pengebumian itu.
























SUMBER:http://www.kualalumpurpost.net/mati-terjatuh-dari-tingkat-13/
0 Komentar untuk "BUDAK 5 TAHUN MATI TERJATUH DARI TINGKAT 13"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info