London: Seorang wanita membunuh diri di landasan kereta api selepas tidak dapat menerima perbuatan suaminya mencabul budak perempuan berusia sembilan tahun.
Jenny Mullinger, 62, mengambil tindakan drastik itu selepas suaminya, David, mengaku ‘menyentuh’ budak terbabit dua kali - masing-masing sekali di atas dan di dalam seluar dalam mangsa.
Mullinger, 64, pada mulanya menafikan tuduhan cabul itu namun kemudian menghubungi polis mengakui perbuatan itu dan dipenjara tiga tahun.
Hakim Mahkamah Crown Bristol Martin Picton menyifatkan kes itu sebagai “amat menyedihkan.”
“Saya pasti kamu kini dihantui akibat perbuatan itu,” katanya ketika menjatuhkan hukuman.
Mullinger juga mendapat perintah melarangnya daripada berhubung dengan budak di bawah usia 16 tahun tanpa pengawasan.
Mahkamah sebelum ini diberitahu, kejadian berkenaan terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibunya yang terus menghubungi polis.
Pendakwa Kenneth Bell turut membacakan kenyataan ibu mangsa kepada mahkamah.
“Sebelum kejadian ini dia periang dan tidak tahu apa-apa mengenai seks. Semua itu kini berubah.
“Dia menyimpan marah yang mendalam dan mungkin tidak akan mempercayai lelaki lagi.
“Saya sedih mengenangkan betapa sukar untuk dia mengatasi serangan seksual ini,” katanya.
Jenny, 62, yang kecewa dengan perbuatan suaminya membiarkan dirinya dirempuh kereta api dan diisytiharkan mati di tempat kejadian pada 16 September lalu. - Agensi
SUMBER:http://pilihan-anda.blogspot.com/2014/12/suami-cabul-budak-isteri-bunuh-diri.html
Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!
loading...
Related Post
Biodata Aidana Baizieva Misteri Helikopter Terhempas Biodata Aidana Baizieva penumpang misteri helikopter terhempas. Setakat berita ini ditulis, status wanita dikenali seba…
Dua wanita tampil, dedah pelawak popular rayu gambar bogel, sembang lucah KUALA LUMPUR: Dua wanita yang tampil mendedahkan perilaku buruk seorang pelawak kasanova berbuat demikian buka…
Gadis Cantik Ini Memiliki Sesuatu Yang Unik Yang Mebuatkan Anda Kagum Semangat luarbiasa yang mengagumkan, bukan sahaja memiliki wajah yang cantik tetapi beliau juga memilik kekuatan se…
Video: ‘Saya Malu Sangat, Saya Tak Kacau Orang’ Kuala Lumpur – Seorang individu yang dikenali sebagai Hafizal, 27, merayu agar pengguna media sosial khususnya Faceboo…
HOT GAME SHOW KOREAN 2015 HOT GAME SHOW KOREAN 2015 KORANG TENGOKLAH SENDIRI... APA NAK JADI DENGAN KOREA NIH... HARAP TIDAK BERLAKU KAT M…
loading...
0 Komentar untuk "APA DAH JADI??? SUAMI MENCABUL BUDAK, ISTERI PULA BUNUH DIRI"