Bintulu: Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun manakala tiga lagi parah selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah lori tangki dalam kemalangan di Jalan Hulu Simpang Sebauh, Bintulu-Tatau, petang tadi.
Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 4 petang apabila kereta dinaiki enam sekeluarga cuba membuat pusingan 'U' sebelum belakang kereta itu dirempuh lori dalam perjalanan ke Bintulu.
Jurucakap polis berkata, rempuhan itu menyebabkan dua mangsa lelaki dan perempuan berusia lingkungan 30-an serta kanak-kanak terbabit tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mereka terbunuh adalah Cecilia Roja anak Dunstan Kemarau, 21; Radian anak Sunek, 24, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak pemandu kereta Joseph anak Jawa, 29.
Mereka terbunuh adalah Cecilia Roja anak Dunstan Kemarau, 21; Radian anak Sunek, 24, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak pemandu kereta Joseph anak Jawa, 29.
ANGGOTA bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Semua mereka meninggal dunia akibat cedera di kepala dan kaki.
Selain Joseph, mereka cedera adalah Raini anak Jilan, 24, dan Oliver anak Empran.
Katanya, Bomba dan Penyelamat Bintulu terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa tersepit.
sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Pusingan_U_ragutnyawa//Article
0 Komentar untuk "Kanak-kanak 10 Tahun Maut Dirempuh Lori"