BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Gambar Banjir Terburuk Di Sabah 7 Oktober 2014

Inilah foto-foto yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook iaitu gambar banjir terburuk di Sabah akibat hujan lebat tanpa henti sejak beberapa hari yang lepas.
Foto banjir yang terjadi di Sabah tahun ini.

KOTA KINABALU: Hujan lebat lebih tujuh jam sekitar bandar raya ini dan Penampang, mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Dalam kejadian bermula sekitar jam 7 pagi tadi, beberapa jalan utama di ibu negeri tidak dapat dilalui akibat digenangi banjir, selain disebabkan pokok tumbang.

Antara yang terjejas ialah Kampung Dabak, Tanaki, Babah, Sugut dan Kibabaig manakala pelajar SM St Michael turut diarah pulang apabila kawasan sekolah dinaiki air bermula.

Setakat ini, bomba tidak menerima laporan berkaitan sebarang kecederaan, namun beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat terkandas ketika melalui jalan yang digenangi banjir kilat.

Penampang: Beberapa buah kampung sekitar daerah ini mula dinaiki air antara 30 sentimeter hingga dua meter berikutan limpahan air Sungai Moyog pagi ini.

Antara yang terjejas ialah Kampung Dabak, Tanaki, Babah, Sugut dan Kibabaig selain terdapat kawasan terputus hubungan berikutan beberapa jalan raya ditenggelami air.

Tinjauan Harian Metro turut mendapati pelajar dari Sekolah Menengah (SM) St Michael turut diarah pulang apabila kawasan sekolah dinaiki air bermula jam 7.30 pagi.

Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan beberapa agensi penyelamat lain turut membantu memantau keadaan dan memindahkan penduduk yang terjejas.

Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu turut menjejaskan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu negeri termasuk di Telipok dan Menggatal.









ANGGOTA bomba membantu menyelamatkan kanak-kanak yang terjejas akibat banjir di Kampung Dabak.


0 Komentar untuk "Gambar Banjir Terburuk Di Sabah 7 Oktober 2014"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info