SELEBRITI dangdut Julia Perez atau Jupe yang menggemparkan Indonesia apabila ingin mendapatkan zuriat melalui tabung uji nampak gaya tidak mempedulikan kecaman terhadap tindakannya, sebaliknya kini sibuk memilih sperma terbaik untuk zuriatnya.
Jupe, 34, berkata sperma yang didermakan itu mesti memiliki kualiti tinggi untuk memastikan anak yang bakal dikandungnya sihat.
Dia mengakui amat teliti dalam memilih ciri-ciri yang dapat memastikan bakal anaknya tidak mengecewakan.
“Wajar kalau saya seleksi karena enggak mau beli kucing dalam karung. Saya ingin anak saya sehat. Pokoknya berikan contoh yang baik dan berguna,” kata Jupe memetik kompas.com.
Jupe juga tidak menafikan kemungkinan untuk berkahwin dengan penderma sperma itu nanti.
Bekas kekasih pemain bola sepak Gaston Castano ini menambah, dia inginkan suami yang mempunyai sperma bagus untuk memperoleh anak seterusnya.
“Saya enggak mau nakal, jadi ikutin saja, dan saya mau nikahin donor saya nantinya. Cinta belakangan, yang penting kan sah,” kata Jupe lagi.
Bagaimanapun, kata Jupe, dia tidak mahu calon suaminya dalam kalangan lelaki yang gemar menghabiskan masa di kelab malam atau disko.
“Juga suami saya tidak boleh merokok,” katanya, semalam.
Sehingga kini, sudah ada tiga orang mendermakan sperma untuk Jupe.
“Tapi bukan mudah untuk membuat pilihan. Ketika ini saya sering berjumpa dan berhubung dengan tiga penderma berkenaan untuk memastikan keserasian jika tiba masanya untuk bernikah,” katanya.
Bagaimana pun tidak dapat dipastikan sama ada proses anak tabung uji Jupe akan dilakukan di Singapura atau Pulau Pinang kerana dia masih enggan mendedahkan di mana pemeriksaan perubatan dilakukannya.
SUMBER:http://mynewshub.cc/2014/10/24/julia-perez-sibuk-pilih-sperma-inginkan-anak-terbaik/
- MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK KAWASAN
0 Komentar untuk "GEMPAR: Julia Perez Sibuk Pilih Sperma, Inginkan Anak Terbaik"