TIDAK dapat dipastikan kenapa gadis cantik yang dikenali sebagai Fify Azmi atau nama penuhnya Nur Afiqah Mohd Azmi yang juga peserta akhir pencarian Gadis Muka 2 (GM 2) Harian Metro melakukan tindakan kurang bijak apabila berselfie di samping jenazah ayahnya.
Lebih menyedihkan apabila gambar itu dimuatnaikkan di Instagram miliknya, fifyazmi90 sekali gus menimbulkan rasa kurang senang pada yang melihatnya.
Hinggakan, ada yang meninggalkan komen mempersoalkan ‘kesedihan’ gadis ini.
“Betul ke u sedih?? I dont think so, u know why?? Sebab bila darah daging kita meninggal especially our parents, x de masa pun nak pandang hp!” - demikian komen ditinggalkan ‘drhusnafadzil’.
Menurut ‘Abdul Hafiz’ pula, gambar selfie itu kurang enak dilihat kerana tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan.
“Hmmm, janganlah bertindak sebegitu” - tulisnya.
“Antara sebab saya menyertai GM2, manalah tahu rezeki, saya boleh membantu meringankan beban keluarga.
“Ironinya, selepas tiga bulan bapa saya disahkan lumpuh tiba-tiba I Like Entertainment Sdn Bhd selaku penerbit GM2 dan Harian Metro, akhbar rasmi pertandingan ini mengumumkan Pencarian GM2.”
Keputusan GM 2 bagaimana pun menyaksikan kemenangan menjadi milik Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf, gadis kacukan Jerman, Amerika Syarikat dan Melayu dari Ampang, Selangor.
Bagaimanapun, selepas ramai yang menegur, Fify didapati telah memadamkan gambar tersebut.
Selain gambar selfie bersama jenazah bapa, Fify turut memuat naik gambar keranda bapanya diusung keluar serta gambar ibunya sedang bertafakur di tanah perkuburan.
Selain gambar selfie bersama jenazah bapa, Fify turut memuat naik gambar keranda bapanya diusung keluar serta gambar ibunya sedang bertafakur di tanah perkuburan.
Peserta Gadis Muka 2 (GM 2) Harian Metro yang mempunyai pasangan kembar bernama Khalie ini, pernah memberitahu Harian Metro tentang keadaan arwah bapanya.
Ulas Fify ketika baru menyertai pertandingan ini:
“Untuk pengetahuan umum, kami datang daripada keluarga yang sederhana. Bapa saya dulunya bekerja tetapi sejak terlantar koma kerana asma kronik, ibulah yang mengambil alih tugas sebagai bapa.
Selain itu, Fify juga merupakan peserta program Fear Factor Malaysia terbitan Astro yang digandingkan dengan pelakon Ungku Ismail.
Harap-harap segala teguran berkaitan insiden ini dipandang positif oleh Fify.
Janganlah terlalu sibuk nak cari perhatian sampai terlupa menjaga adab dan sensitiviti sebagai seorang Melayu beragama Islam.. - MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK KAWASAN
sumber:http://mynewshub.cc/2014/10/24/tergamak-selfie-dengan-jenazah-bapa-gadis-dikecam/
0 Komentar untuk "‘Gadis Metro’ Dikecam Tergamak Selfie Dengan Jenazah Bapa"