BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

VIDEO: JLO TAYANG PUNGGUNG SEKSI DI KONSERT



PENYANYI yang menawan dan seksi, Jennifer Lopez atau J.Lo berhadapan dengan hukuman penjara selama 2 tahun akibat menggoyangkan punggungnya ketika membuat persembahan di Morocco.
Jelas dalam setiap persembahan pelantun kepada lagu popular On The Floor itu sering memaparkan aksi panas yang melibatkan asetnya serta pakaian yang menjolok mata penonton namun itu adalah perkara biasa bagi artis di Hollywood.
GettyImages-476297092_opt-665x385
Penyanyi berusia 45 tahun yang terkenal dalam memberikan persembahan penuh bertenaga di konsert itu didakwa selepas muncul dalam sebuah televisyen di Afrika.
Beliau didakwa kerana persembahannya dianggap telah menganggu ketenteraman awan serta mencemar maruah dan kehormatan seorang wanita.
Isu ini sememangnya perlu diambil serius kerana jika disabitkan dengan kesalahan, J.Lo boleh dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun di Morocco.
jlo-iggy-628
Menurut sumber, Perdana Menteri Morocco, Abdelilah Benkirane, mengarahkan siasatan mengenai isu ini dilakukan serta meminta Menteri Komunikasi, Mustapha Khalfi, untuk memecat pihak yang membenarkan program itu disiarkan di televisyen.
Walau bagaimanapun, J.Lo dilihat masih belum membuat apa-apa respon di laman sosial kerana sibuk dan menjalani aktiviti hariannya seperti mempromosi lagu, drama dan filem terbarunya. – MYNEWSHUB.CC
SUMBER: INQUISTR
Persembahan J.Lo di American Music Award 2011
Oleh: Pitt
0 Komentar untuk "VIDEO: JLO TAYANG PUNGGUNG SEKSI DI KONSERT"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info