BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

“Gempa Di Sabah Tiada Kaitan Dengan Aksi Bogel”-Datuk Kamarlin Ombi

PEMBANTU Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi menyifatkan kejadian gempa bumi yang melanda Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan insiden pelancong asing berbogel di kawasan tersebut.
Kamarlin berpendapat tragedi berkenaan merupakan satu bencana alam yang langsung tidak mempunyai hubung kait dengan ‘semangat’ Gunung Kinabalu seperti mana yang dipercayai kebanyakan penduduk di sana.
Datuk Kamarlin Ombi
Datuk Kamarlin Ombi
Beliau turut menegaskan, jika dilihat dari segi saintifik, daerah Ranau terdedah kepada risiko terbabit kerana kawasan itu terletak di garisan gempa bumi.
“Terpulang kepada kepercayaan masing-masing, memandangkan Gunung Kinabalu dianggap suci oleh masyarakat Sabah khususnya dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun dan seharusnya ia tidak dicemari perkara negatif (bogel) kerana ia bukan budaya kita.
“Ini adalah pendapat saya dan sebagai orang Islam, musibah yang berlaku ini adalah ketentuan Allah SWT,” katanya memetik laporan Berita Daily.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan turut menyalahkan tindakan biadap sekumpulan pendaki asing itu sebagai punca yang menyebabkan kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala richter berlaku.
Mengikut kepercayaan Kadazan Dusun, bencana itu terjadi disebabkan perbuatan pelancong asing yang tidak menghormati adat tradisi masyarakat tempatan hingga mendatangkan kemarahan ‘semangat’ Gunung Kinabalu di kawasan yang dianggap tanah suci bagi mereka.
– MYNEWSHUB.CC
2 Komentar untuk "“Gempa Di Sabah Tiada Kaitan Dengan Aksi Bogel”-Datuk Kamarlin Ombi "

Datuk tidak percaya ka semangat Aki Nabalu selama ini membantu kita untuk mengelak daripada bencana gempa. Gempa yang terjadi memang aktiviti geologi bumi tetapi oleh usaha dan kekuatan Aki Nabalu la dapat mengawal kesan gempa supaya tidak ada kematian berlaku. Tetapi apabila perbuatan pelancong yang kurang ajar itu, ramai orang kita marah dan Aki Nabalu membiarkan kesan gempa terjadi supa menjadi pengajaran kepada masyarakt untuk memberikan setinggi-tinggi hormat kepada adat resam kita...fikir la seperti begitu bukan semata mata saintifik saja...

Sebagai islam ka atau sebagai orang tempatan Sabah yang baik datang daripada Tuhan, kalau gunung kinabalu kita hormat sebagai tempat suci maka ia adalah penghormatan sama kepad Tuhan yang kita juga anggap suci...niat jahat mencemar kecucian kinabalu sama juga berniat jahat kepada pencipta kinabalu dan semua di dunia ini adalah ciptaan Tuhan bukan semata-mata dari persepsi ugama kamu islam...

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info