MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menyatakan kerajaan tidak berhasrat untuk meminda Kanun Keseksaan bagi mengiktiraf kesalahan rogol suami terhadap isteri (marital rape).
Menurutnya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah mengkaji peruntukkan berkaitan marital rape (rogol dalam perkahwinan) dan telah dibentangkan semasa pembentangan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 pada 12 Julai 2006.
“Berdasarkan kajian dan dapatan yang telah dibentangkan oleh Jawantankuasa Pilihan Khas tersebut, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan peruntukkan yang berkaitan di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan.
“Persetubuhan antara suami isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang dan masih berkuatkuasa tidak boleh dianggap sebagai rogol.
“Sehingga kini belum ada lagi cadangan untuk memindanya,” kata Nancy dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Walau bagaimanapun, menurut Nancy, perbuatan suami yang mendatangkan kecederaan kepada isteri dengan tujuan mengadakan hubungan seks merupakan satu kesalahan.
“Hukuman bagi kesalahan ini ialah pemenjaraan tidak melebihi lima tahun,” katanya memetik Rakyat Post. – MYNEWSHUB.CC
Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!
loading...
Related Post
VIDEO Tarian Seksi Korea Inilah pertandingan tarian paling seksi di Korea. Para pemenang akan menerima hadiah berupa daging mahal di negara ter…
Gadis Seksi Tayang Aksi Dalam Kereta Api Sebuah video seorang gadis remaja memaparkan beberapa bergerak akrobatik pada kereta api yang sesak di Hong Kong tela…
Polis dipaksa berbogel selepas mengadakan hubungan seks dengan wanita yang sudah berkahwin CHINA: Guo Chiu berada di dalam kereta dia telah bertemu dengan cinta Lok Mee di tempat letak kereta China untuk menga…
Selfie Tanpa Seurat BenangNoriko Yabu ,33, seorang seniman darI Jepun tela h memperlihatkan gambar kontroversi tanpa seurat benang dan menjadi bua…
KEJAM: Gadis Jepun, 6, ditemui dalam beg plastik Dibunuh Dan Dikerat Mayat seorang gadis Jepun berusia enam tahun yang dikerat telah ditemui di beberapa beg plastik berhampir…
loading...
0 Komentar untuk "Tiada istilah rogol dalam perkahwinan"