BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

PANAZ!!! NURUL VS AJAI



SEPERTI semua maklum, jodoh antara Ajai dan Nurul tidak berpanjangan apabila pasangan ini memutuskan untuk membawa haluan masing-masing pada tahun 2007.
Malah, kedua-duanya memilih untuk membina kehidupan yang baharu bersama pasangan masing-masing.
Bagaimanapun, kecoh seketika apabila tiba-tiba Nurul dilihat meluahkan perasaan kesalnya apabila kisah silamnya bersama Ajai sering dipersoal peminat.
blog-1-630x473
Kenyataan Nurul yang ditulis di blognya pada 2 Jun lalu.
Kenyataan Nurul yang ditulis di blognya pada 2 Jun lalu.
Berikutan itu, Ajai meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan bekas isterinya dan meminta Nurul berhenti mengkaitkan namanya lagi.
“Saya berharap Nurul hentikan menulis, kaitkan kisah lama atau sebut nama saya yang bukan-bukan di laman blognya.
“Kerana bagi saya, bukan tidak ada orang bertanya tentang dia daripada saya. Tetapi ada! Bagaimanapun saya tak pernah nak beri apa-apa jawapan atau kaitkan nama dia dalam mana-mana sesi temubual mahupun di laman sosial saya. Jadi harap maklum dan stop it.
“Urusan saya dengan bekas isteri saya itu dah habis sejak kami berpisah. Kalau ada update, itu hanya atas urusan anak kami Ayu Nazirah (17 tahun),” katanya kepada mStar Online.
Apa pun, bagi kami molek kiranya mereka berbincang berdua secara baik agar tidak mendatangkan sebarang persengketaan kelak. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "PANAZ!!! NURUL VS AJAI"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info