Here’s the latest scoop on Eizlan Yusuf’s wife to be. I’m not sure how far this is true, but the tabloid Warta Perdana seems to have all the necessary photos to back it up.
Bakal Isteri Selebriti Diminta Berterus-terang
Oleh : Syanty Octavia Amry
Kota Kinabalu : Hubungan cinta seorang gadis Shantie dengan selebriti popular tidak dapat disembunyikan lagi. Ini kerana masing-masing telahpun membuat kenyataan bakal menaiki pelamin tidak lama lagi.
Namus tidak ramai yang tahu status sebenar gadis yang berasal dari Tamparuli, Sabah ini. Malah peminat mengakui bakal isteri selebriti tersebut masih anak dara.
Ekoran dari itu, Perdana baru-baru ini telah mendapat panggilan dan beberapa surat mengesahkan status sebenar Vie Shantie yang sudah berkahwin dengan anak seorang kenamaan.
Berikutan kenyataan Shantie di dalam sebuah majalah hiburan tempatan yang mengakui dirinya masih ‘dara’ dan tidak pernah mengalami cinta monyet, membuatkan ahli keluarga bekas suami sangat kecewa.
Bagi mereka, bukanlah niat untuk merosakkan kebahagiaan Shantie dengan bakal suaminya, sebaliknya berharap Shantie berlaku jujur pada diri sendiri termasuklah ahli keluarga bakal suaminya.
Sikap Shantie yang menyembunyikan status dirinya, bukan sahaja memalukan malah keluarga bekas suami turut terkena tempiasnya, apabila semua orang sibuk bertanyakan hal tentang diri Shantie yang mengakui masih bujang sedangkan sebelum ini pernah menjadi menantu kepada keluarga terhormat.
Shantie atau nama sebenarnya Vie Shantie Harun, 21, dan bekas suaminya telah bernikah pada 24 Ogos 2002 dan bercerai talak satu pada 26 November 2006 dan perkahwinan mereka hanya mampu bertahan 2 tahun 4 bulan sahaja.