BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Nahas Bongkar Suami Kahwin Lain (8 Gambar)


KOTA TINGGI - Seorang isteri yang kini hamil 4 bulan, terkejut menerima berita buruk yang suaminya maut bersama dengan isteri baru dan ibu mertuanya dalam kemalangan.

Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan isteri barunya, Rohayu Abas, 29, jururawat HSA serta ibu mertuanya, Rokiah ABu Bakar, 52, maut serta merta di lokasi kejadian selepas kemalangan.

Difahamkan, Suhaime baru sahaja bernikah dengan Rohayu beberapa hari yang lalu. 

Kemalangan itu dilaporkan berpunca dari kereta Ford Fiesta yang dipandu oleh Rohayu dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengn lori pasir tanpa muatan di Kilometer 42.2, Jalan Johor Bahru-Mersing, berhampiran dengan stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai pada jam 5 pagi. 

Pemandu lori itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan di bahagian mata dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Farah Fadila Faizal, 27, isteri pertama mangsa hanya mengetahui kejadian itu daripada rakan WhatsaApp sebelum diberitahu oleh pihak polis.

Farah telah mendirikan rumah tangga dengan Suhaime selama dua tahun yang kini sudah hamil empat bulan terkejut menerima berita itu. 

"Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari. Saya ada menghantar sms mengadu kaki saya sakit ketika dia sedang berkursus. Tetapi mesej saya langsung tidak dibalas. Saya tidak tahu ibu mertua dan wanita itu ada bersama dengannya sehingga menerima berita tentang kemalangan itu," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
 


 

 







sumber: thehpyrmedia
0 Komentar untuk "Nahas Bongkar Suami Kahwin Lain (8 Gambar)"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info