BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Menu Makanan Lucah, Kedai Makan Dikecam Teruk

Gara-gara memaparkan senarai menu makanan dengan istilah berunsur lucah di premis mereka, sebuah warung di sini dikecam Forum Komunikasi Ahli Psikologi Pusat Kesihatan (Puskesmas) Sedaerah Sleman yang menganggap penggunaan istilah itu tidak sesuai digunakan.

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan

Menurut Kompas.com, warung itu, Kedai 24 yang terletak di Jalan Damai, Ngaglik, Sleman menerima bantahan daripada forum itu menerusi saluran broadcast (BC) Black Berry Messenger (BBM).
Antara nama-nama menu kontroversi yang mengundang kecaman adalah Pelacur (Pemusnah Lapar Cukup Rasional), Peniz (Spesial Nasi Sosej), Sodomie (Semangkok olahan Indomie) dan Gigolo (Gerombolan Nasi Goreng Sesuka Lo).
Menu-Makanan-Lucah,-Kedai-Makan-Dikecam-Teruk---VITDAILY_001
Senarai menu itu dianggap tidak sesuai dan berbau lucah oleh ahli psikologi daripada forum itu. Melalui forum itu juga, ramai yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh kedai makan tersebut.
“Saat ini, kami dari forum komunikasi ahli psikologi Puskesmas sedaerah Sleman merasa resah dengan usaha Kedai 24 yang menggunakan konsep menu ‘lucah’ di setiap nama pada makanan dan minuman yang dijual.
“Sehingga kami merasa perlu membetulkan konsep tersebut,” katanya seperti dipetik daripadaUtusan Malaysia.
Sementara itu, pemilik Kedai 24 diberi tempoh sehingga dua minggu untuk menukar senarai menu makan itu dengan pemilik kedai sudah menyatakan persetujuan bagi menukar senarai menu tersebut yang akan diawasi Badan Pembinaan Keamanan Dan Ketertiban Masyarakat (Babinkamtibmas).
“Sudah ada pertemuan dengan kedua-dua belah pihak. Pemilik kedai dan Forum Komunikasi Ahli Psikologi Puskesmas Sedaerah Sleman yang mengadakan pertemuan di PPA Polis Sleman dan hasilnya, pemilik berjanji untuk mengubah nama-nama itu,’’ kata ketua unit polis Sleman, Aiptu Eko Mei.
0 Komentar untuk "Menu Makanan Lucah, Kedai Makan Dikecam Teruk"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info