BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

KISAH BENAR : CERITA SEORANG GADIS YANG DIROGOL PASTI MENGEJUTKAN


Saya dir@gol bekas teman lelaki ketika menumpang tidur di rumah orang tuanya kira-kira dua bulan lalu. Saya mengenali teman lelaki menerusi laman sosial. Dari segi rupa, dia sangat sopan. Hampir setahun mengenali dia membuatkan saya percaya dia teman lelaki baik.

Baca GADIS BERTUDUNG RELA DIRAMAS TEMAN LELAKI DALAM PERPUSTAKAAN !

Perkara yg memikat hati saya mengenainya ialah setiap kali kami keluar janji temu, dia sering jaga solat serta menasihati saya untuk menjaga keselamatan diri. Namun, setelah dia mer@gol, segala kepercayaan saya hancur.

Pada masa sama, dia merayu saya memaafkan di samping berjanji akan bertanggung-jawab. Dia tidak akan tinggalkan saya dan memohon saya menerima dirinya kembali.Dia kesal tewas kepada godaan nafsu.

Orang tuanya tidak tahu mengenai hal itu kerana dia merogol saya ketika ibu bapanya keluar menghadiri majlis di rumah saudara mereka. Kedatangan saya itu adalah untuk mengenali keluarga teman lelaki sebelum bertunang tetapi hal lain pula terjadi.

Hal itu belum sampai ke pengetahuan orang tua saya. Orang tua saya tidak sihat dan saya bimbang jika mereka tahu saya dirogol, mereka terkejut mahupun jatuh sakit. Sebahagian diri saya sukar menerima perkara dilakukan terhadap saya. Namun, bekas teman lelaki berusaha memujuk dan mencadangkan kami berkahwin masa terdekat.

Dia kata dia sayang dan berasa cukup hina dengan perkara terkutuk dilakukan terhadap saya. Dia akan bertemu keluarga dan meminang saya dalam tempoh terdekat sebagai tanda ikhlas dia mahu menebus dosanya. Malah dia sanggup berterus-terang dengan keluarga saya mengenai kesilapannya.

Paling mengejutkan, dia sendiri menyarankan saya agar melaporkan hal itu kepada polis jika saya tidak percaya terhadapnya lagi. Saya pening benar-benar tersepit.Bantulah saya Dang Setia.

NURYIL
Lendu, Melaka

Kusut dan bersimpul. Begitulah keadaan Dang Setia boleh gambarkan mengenai masalah saudari ini. Tindakan perlu saudari ambil setiap satunya ibarat ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Sebaiknya saudari ambil tempoh bertenang serta memikirkan semasak-masaknya dalam isu ini.

Dalam situasi ini, saudari harus nilai sejauh mana impak termasuklah untung rugi setiap langkah saudari ambil. Selain itu, tekad saudari untuk menghadapi konflik dihadapi jika keputusan diambil.

Peluang adalah 50-50 dan hakikat setiap keputusan diambil perlulah disusuli dengan Istiqamah. Jika melihat daripada gambaran saudari mengenai sikap teman lelaki selepas kejadian, dia sedar kesilapan dan benar-benar ingin menebus kesalahannya.

Pada sudut lain, tiada kompromi dengan kesalahan merogol dilakukan terhadap saudari.Lihat dalam situasi rumit, saranan Dang Setia kepada saudari ialah perlu teliti sejauh mana kehormatan saudari dilindungi. Adakah dengan melaporkan kes terbabit kepada polis menyelesaikan keadaan mahupun menjadikan bertambah rumit?

Pilihan kedua iaitu memaafkan dirinya dan memberi peluang kedua terhadap bekas kekasih, adakah jalan terbaik? Keputusan terbaik masih terletak di tangan saudari kerana saudari lebih arif dengan latar belakang teman lelaki berbanding Dang Setia. Semuanya perlukan kekuatan dan rasionalkan fikiran dengan lebih optimis. Sekurang-kurangnya, bekas teman lelaki mengakui kesalahannya dan tidak meletakkan beban kehormatan tercalar itu terhadap saudari.

Jangan terburu-buru serta fikirkan kesan setiap pilihan. Elakkan diri bertemu mahupun layan sebarang mesej atau panggilan bagi memberi saudari ruang untuk mem­buat pilihan.































SUMBER:http://viralberita.blogspot.com/2015/01/pendedahan-berani-mati-fauzana-ini.html?m=1
0 Komentar untuk "KISAH BENAR : CERITA SEORANG GADIS YANG DIROGOL PASTI MENGEJUTKAN"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info