Luahan Sayu Hati Wak Doyok Apabila Dituduh Kaki Jubo
Alahai kesian kami melihat setatus yang dimuat naik oleh Wak Doyok di instagram beliau. Dalam beberapa hari lepas tersebar di Media sosial mengatakan Wak Doyok seorang gay.
Yang terbaru kami dengar seorang lelaki dengan beraninya mengatakan Wak Doyok adalah seorang gay dan dakwaan lelaki tersebut mengaku tahu akan semua perilaku Wak Doyok. Kami tidak pastikan kesahihan dakwaan lelaki tersebut Kami pun pelik apa tujuan sebenar lelaki terbabit mengeluarkan dakwaan seperti itu sehingga hendak list down ex boyfriend dan scandal tuutt wak doyok.
Mengikut tinjauan kami la wak doyok di besarkan oleh bapa dan ibunya yang kuat pegangan agama ini kerana bapa wak doyok merupakan serorang bekas bilal masjid,tok siak.
Apala nasib wak doyok dia terkenal pun bukan dia yang minta ini semua ketentuan ALLAH. Sehingga manusia dengki dengan pencapaian beliau sekarang sanggup tabur pasir di periuk nasi beliau dengan menuduh perkara-perkara buruk dan keji terhadap beliau
Beliau bangun untuk mengubah nasib diri sendiri diatas kerja keras beliau
Wak Doyok juga mengatakan apa yang terjadi semua ada hikmahnya jika berlaku baik adil dan saksama.
Namun, melalui kapsyen yang yang dimuatnaik wakdoyok di laman Instagram, Wak Doyok telah meluahkan perasaannya yang terbuku selama ini.
Dari penulisan Wak Doyok ternyata dia sangat kecewa orang menuduh dia dengan perkara-perkara keji yang salah disisi ALLAH S.W.T
Iyalah, siapa yang tidak marah kalau dituduh tanpa usul periksa. Betul tak? Kata Wak Doyok, bukan dia yang minta untuk jadi terkenal seperti sekarang hingga menyebabkan ramai yang tak berpuas hati.
Di bawah ini kami sertakan luahan hati wak doyok
Assalammualaikum..!!! Apalah nasib aku ini satu demi satu #Haters nak menjatuhkan aku. Aku femes macam ini selama 3 tahun bukan aku yang mintak jadi sampai sekarang. Ini semua dah di tentukan oleh Allah yang mana kita mahu mengubah nasib sendiri atas kerja keras aku. Aku ni bukan orang sanang bapak aku seorang pesara waden penjara dan bekas bilal masjid,tok siak ibu aku seorang suri rumah sepenuh masa. Dia orang semua dah tua lebih 80 tahun usia nya.
Kita orang bukan keluarga yang senang dan aku bukannya lahir didalam beras. Aku berusaha untuk menyara keluarga mencari rezeki yang Allah kurnia kan terhadap aku. Untuk membahagiakan keluarga aku tak pernah nak kacau hidup orang selama ni ada orang yang susah kita sesama islam bantu lah sedekit sebanyak.
Dalam hal yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmah nya sekira nya kita berlaku baik adil dan saksama. Bukan aku mintak nak jadi femes hingakan orang benci tuduh aku yang bukan2 kerana aku sudah berjaya. Aku orang islam bangsa jawa yang tak kenal apa itu penat.
Keluar rumah mak aku duduk depan pintu mendoa kan aku agar aku jadi orang yang berguna. Aku balik lambat mak aku call aku tanya kan aku berada dimana. Sementara mak bapak aku masih ada aku nak membahagian diaorang. Salah ke aku buat kerja fashion sehingga kan aku di lebel macam-macam sudah hampir 3 tahun aku dalam industri hari-hari aku dapat tomahan macam sedang berlaku.
Aku sering mengadu dengan mak aku atas apa yang berlaku padanya. Aku beterima kasih pada followers semua yang hampir 700ribu sedunia yang mana masih mengikuti perkembangkan aku selama ni. Aku berdoa setiap hari agar semua akan menjadi baik supaya kita sama mendapat keberkatan darinya.
Sumber
0 Komentar untuk "Luahan Sayu Hati Wak Doyok Apabila Dituduh Kaki Jubo"