SEORANG wanita bersama anak tiri lelakinya telah dihukum dengan undang-undang `rimba’ apabila dibogel dan dipaksa melakukan seks di khayalak ramai, dirotan serta dipenggal kepala.
Kesalahan mereka hanyalah kerana menghidangkan ikan kepada sekumpulan pengikut kumpulan pemberontak Kamuina Nsapu di Congo.
Selepas dibunuh, darah wanita itu kemudiannya diminum oleh kumpulan terbabit.
Kejadian itu berlaku pada 8 April lalu di bandar Luebo di wilayah Kasaï-Occidental dan ia telah dirakamkan. Video berkenaan menjadi tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Dalam video terbabit, ketua kumpulan itu, Kalamba Kambangoma, dirakamkan menarik rambut wanita tersebut sebelum dia dibawa ke atas pentas untuk dipaksa melakukan seks dengan anak tirinya.
Mayat kedua-duanya dibiarkan di situ selama dua hari sebelum dikebumikan.
Kumpulan pemberontak itu dijamu makan ikan yang merupakan larangan bagi mereka kerana ia dikatakan dapat menghapuskan ilmu kebal mereka.
Mereka makan ikan terbabit di restoran wanita itu. Anak tirinya turut menerima hukuman berkenaan kerana pada hari kejadian dia bekerja di restoran tersebut.
Anggota militan Kamuina Nsapu dilarang melakukan seks, mandi, makan daging, ikan dan beberapa jenis makanan lain ketika mereka berperang menentang kerajaan.
Kumpulan itu telah menawan Luebo, yang mempunyai 40,000 penduduk pada 31 Mac lalu. Namun mereka hanya bertahan selama 20 hari sebelum tentera Congo merampas semula bandar tersebut pada 19 April.
Semasa menawan Luebo, Kamuina Nsapu telah membakar bangunan, gereja dan melarang orang ramai bekerja. Kanak-kanak pula dilarang ke sekolah. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Wanita Dipaksa Lakukan Seks Dengan Anak Tiri"