BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

RAMAI TAK TAHU BRUCE LEE DIKALAHKAN DENGAN SILAT MELAYU!!! JAWAPAN INI PASTI MENGEJUTKAN RAMAI!!!

Kisah Bruce Lee Kalah Lawan Dengan Silat Melayu.jpg


KISAH BRUCE LEE KALAH LAWAN DENGAN SILAT MELAYU

Bercerita mengenai seni mempertahankan diri sudah pasti ramai yang mengenali dengan nama tersohor dalam seni mempertahankan diri iaitu Bruce Lee. Bruce Lee menjadi terkenal dan tersohor di seluruh dunia dalam ilmu mempertahankan diri apabila mula berlakon dalam filem-filem.
Disaat namanya semakin terkenal, Bruce Lee telah meninggal dunia. Berita mengenai kematian Bruce Lee sangat mengejutkan dunia. 
Jika kita lihat di internet, terlalu banyak cerita tentang punca kematian Bruce Lee. Jika fakta itu diperolehi dari Nusantara, selalunya cerita itu akan berkisar kekalahan Bruce Lee dengan Silat Gayong, tetapi jika fakta itu dari benua selain Nusantara dan Asia, ianya lebih kepada fakta tentang Bruce Lee dibunuh oleh isterinya sendiri. Ada juga yang mengatakan kematian Bruce Lee disebabkan beliau mengambil dadah secara berlebihan dan juga kerana sakit yang beliau alami kerana latihan fizikal yang berat serta berterusan.bruce lee kalah lawan dato meor.jpg
Namun dalam artikel ini lebih menjurus kepada fakta yang diperolehi dari versi-versi Nusantara yang disampaikan kebanyakkannya dari ahli pesilat Gayong sendiri. Walaupun ianya mempunyai banyak versi namun jalan ceritanya tetap sama. Fakta ini tidak mempunyai sebarang pembuktian secara rasmi tetapi ianya tetap segar di setiap ingatan ahli Silat Gayong sedunia.
1. Bruce Lee bukan mati disebabkan Dicky Dzulkarnaen (pelakon Indonesia) tetapi disebabkan Mahaguru Almarhum Dato Meor Abdul Rahman (ADMAR).
2. Tahun 1973 Bruce Lee menemui Dato Meor Abdul Rahman untuk mengajak anak gayong berlakon di dalam filem terbarunya. Dato Meor Abdul Rahman menolak kerana semestinya gayong akan ditewaskan oleh kungfu (Jeet Kune Do) di dalam filem tersebut dan ini boleh menjatuhkan nama baik dan maruah Silat Gayong.
3. Tapi Bruce Lee agak angkuh kerana ingin melihat gaya dan langkah gayong dari Dato Meor Abdul Rahman. Beliau menolak pelawaan Bruce Lee sebanyak 2 kali dan kali ke-3 dipelawa Dato Meor Abdul Rahman akhirnya terus terima tetapi bersyarat iaitu mestilah dilakukan di tempat yang tertutup. (Dah macam dalam Movie Ip Man)
4. Bruce Lee banyak menggunakan kaki semasa membuat serangan ke atas Dato Meor Abdul Rahman namun dengan mudah dielak. Dato Meor Abdul Rahman membuat satu pukulan iaitu ‘kipas senandung dalam senandung’ di rusuk Bruce Lee. Pukulan itu menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur.
5. Dato Meor Abdul Rahman memberikan Bruce Lee air penawar yang dibacakan doa untuk merawat kesan pukulan tersebut.
6. Selepas pulih dalam beberapa tempoh, Bruce Lee berhasrat untuk mencuba kehebatan seni mempertahankan dirinya terhadap silat. Dia pergi ke Indonesia untuk mencari Dicky Dzulkarnaen yang dikhabarkan juga cukup handal dalam silat.fakta kekalahan bruce lee dengan silat melayu.jpg
7. Berita kekalahan Bruce Lee memang sudah diketahui oleh ramai mahuguru pertahankan diri termasuk Dzulkarnaen sendiri.
8. Bruce Lee sekali lagi dikalahkan apabila Dicky Dzulkarnaen menumbuk tapak kaki Bruce Lee. Tetapi kali ini tiada sebarang air penawar diberikan.
9. Dipercayai, kesan dari tumbukan itu menjadikan Bruce bertambah parah ditambah dengan kesan pukulan oleh Dato Meor Abdul Rahman sebelum ini.bukti bruce lee kalah dengan silat gayong.jpg
10. Menurut anak muridnya (Daniel Inosanto) yang juga menyambung legasi Bruce Lee dalam mengajar Jeet Kune Do, Bruce Lee dilihat banyak membaca tentang ilmu Pencak Silat sebelum kematiannya.
11. Daniel Inosanto juga telah memasukkan seni silat dalam seni mempertahankan diri untuk diajarkan kepada anak muridnya.bruce lee kalah dengan silat gayong malaysia.jpg
Semua cerita tentang kekalahan ini tidak disebarluaskan kepada dunia kerana ingin menjaga nama baik Bruce Lee dan demi menjaga keharmonian antara pengamal seni mempertahankan diri seluruh dunia. Bagi saya sendiri, setiap seni mempertahankan diri mempunyai kelebihan masing-masing. Tidak perlu menunjukkan siapa kuat siapa lemah.
Saya juga melihat, sesetengah pengamal persilatan tidak mahu perkara ini dihebahkan kerana dalam diri mereka itu tidak mahu timbul sebarang sifat angkuh.
1 Komentar untuk "RAMAI TAK TAHU BRUCE LEE DIKALAHKAN DENGAN SILAT MELAYU!!! JAWAPAN INI PASTI MENGEJUTKAN RAMAI!!!"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info