BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

AKIBAT NAK PUNGGUNG BESAR ...INILAH HASILNYA...



gambar hiasan
SEORANG ibu muda yang berusia 23 tahun, Angie Carolina Mendoza meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas pembedahan plastik bagi membesarkan punggungnya tidak berjalan lancar seperti yang diharapkannya.
Sebaliknya Mendoza meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Barranquilla, Colombia.
Lebih malang, dia ditinggalkan di hospital begitu sahaja selepas doktor di klinik pembedahan plastik yang tidak berlesen itu itu menyedari ada yang tidak kena dengan Mendoza.
Selepas membawa Mendoza ke hospital, mereka kemudiannya melarikan diri.


Menurut laporan, Mendoza mengalami kesukaran untuk bernafas sebelum meninggal dunia beberapa minit selepas tiba di hospital.
Mendoza telah menjalani pembedahan plastik berkenaan tanpa pengetahuan anggota keluarganya dan kematiannya amat mengejutkan mereka terutama suaminya, James Jimenez Polo.
“Sebelum ini dia merungut kerana bentuk badannya berubah selepas beranak, jadi saya membayar keahliannya dalam sebuah gim untuk bersenam dan membuang semua persepsi negatif mengenai badannya.
“Tetapi saya tidak sangka dia akan menjalani pembedahan plastik berkenaan,” katanya.
Pasangan itu mempunyai seorang anak berusia setahun. – Mynewshub.cc



0 Komentar untuk "AKIBAT NAK PUNGGUNG BESAR ...INILAH HASILNYA..."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info